ARAHAN AM: Tiap-tiap soalan diikuti oleh
empat pilihan jawapan A, B, C dan D. bagi setiap soalan, pilih satu jawapan
yang paling tepat.
Soalan 1 hingga Soalan 19
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di
bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1.
Baginda telah berkenan untuk ________ duli dalam majlis santapan di raja bersempena
dengan
sambutan Hari Guru.
A. mencemar B.
bersantap
C. bertitah D.
mengembara
2.
Murid-murid Tahun Enam Bestari sedang berbincang __________ kerja masa cuti
yang
________ diberikan oleh guru mereka.
A. akan ……. sedang B. dalam …… akan
C. tentang ….. telah D. terhadap …. telah
3.
“Sementara kita beristirahat, biar ________ meninjau kawasan ini,” kata
Panglima Sunan lalu
meninggalkan rakan-rakannya.
A. beta B.
hamba
C. patik D.
tuan hamba
4.
Khairul Ikram menyelamatkan budak perempuan yang hampir ______ itu dengan
menariknya ke
tepi sungai.
A. lelah B.
letih
C. lemas D.
lembik
5
Encik Badri __________ anaknya, Izwan kerana terlibat dalam kes ponteng
sekolah.
A. memarah B.
memarahi
C. dimarahi D.
kemarahan
Soalan
6 berdasarkan Gambar 1
6.
Puan Waheeda ___________ kelapa untuk dimasak pengat.
A. mengikis B.
menyagat
C. memerah D.
mengeruk
7.
__________ persiapan majlis perkahwinan kakak telah diuruskan dengan sempurna oleh
bapa.
A. Segelintir B. Separuh
C. Sekalian D.
Segala
8.
Penolong Kanan Pentadbiran memberikan taklimat dengan __________ tentang
prestasi
akademik murid-murid tahun enam kepada ibu
bapa.
A. panjang akal B. panjang lidah
C. panjang lebar D. panjang tangan
Soalan
9 berdasarkan gambar 2
9.
Cef itu menggunakan berapa __________ halia untuk menyedapkan lagi masakannya.
A. kaki B.
hiris
C. kuntum D.
bungkus
Soalan
10 dan 11 berdasarkan Gambar 3
10.
Fatimah __________ emaknya semasa melintasi jalan di hadapan pasar besar itu.
A. ekor B. mengekori
C. ekorkan D. mengekorkan
11.
Fatimah dan ibunya _______ bakul dan beg plastik yang berisi ikan dan
syur-sayuran.
A. mengheret B. menjunjung
C. mengelek D. menjinjing
12.
“__________ cantik sekali pemandangan di sepanjang Sungai Kinta pada waktu malam,”
kata
Shantya kepada rakan-rakannya.
A. Sungguh B.
Tercantik
C. Benar D.
Nian
13.
Zakwan berasa __________ kerana terlalu banyak makan makanan yang bercampur
dengan
lada hitam.
A. panas B.
pedas
C. pijar D.
pedar
14.
Puan Zurina meminta saya menutup pintu keretanya __________ agar pintu kereta
tersebut
tidak rosak.
A. baik-baik B. jaga-jaga
C. rapat-rapat D. diam-diam
15.
Jantung Aina __________ semasa menunggu keputusan pertandingan pidato peringkat
negeri
yang akan diumumkan oleh juruacara majlis.
A. berdetik-detik B. bergerak-gerak
C. berdegap-degup D. berdenyut-denyut
Soalan
16 berdasarkan gambar 4
16.
Puan Syahindah duduk __________ sambil menganyam ketupat.
A. bersimpuh B. bertelut
C. berlunjur D. bersila
Soalan
17 dan 18 berdasarkan Gambar 5
17.
Mak Lijah __________ bawang terlebih dahulu sebelum memasukkan sayur ke dalam
masakannya.
A. menumis B.
memasak
C. menggoreng D. menggaring
18.
__________ masakan Mak Lijah sangat menyelerakan.
A. Haruman B.
Bauan
C. Wangian D.
Aroma
Soalan
19
Pilih
perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.
19.
Peniaga itu sedang menghitung keuntungan yang diperolehnya pada hari itu.
A. mengira B. menyemak
C. memeriksa D. mengumpul
Soalan
20
Pilih
perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.
20.
Shamila ialah murid yang pintar dan dia selalu
mendapat markah yang tinggi dalam ujian.
A. cerdik B.
malas
C. dungu D.
culas
21. Pemuda yang dibebaskan dari penjara itu
berazam akan memulakan penghidupan baru tanpa
menoleh sejarah silamnya.
Pilih peribahasa yang sesuai bagi ayat
di atas.
A. Beri betis hendak peha
B. Belum duduk sudah berlunjur
C. Bumi mana tidak ditimpa hujan
D. Buang yang keruh ambil yang jernih
Pilih
jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.
22.
Cikgu Zambri bertanya kepada Amirul, “Sudahkah kamu siapkan kerja sekolah yang
saya
berikan semalam?”
A. Sudah tentu saya akan menyiapkannya.
B. Sudah, saya sudah menyiapkannya semalam.
C. Ya, saya belum dapat menyiapkan kerja
sekolah itu.
D. Kerja sekolah yang cikgu berikan
semalam amat mudah.
Soalan
23
Pilih
soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.
23.
Kertas dan tin ialah barangan yang boleh dikitar semula.
A. Benarkah kertas dan tin dapat dikitar
semula?
B. Mengapakah kertas dan tin perlu dikitar
semula?
C. Apakah contoh barangan yang dapat
dikitar semula?
D. Bagaimanakah cara untuk mengitar semula
kertas dan tin?
Soalan
24 dan Soalan 25
Pilih
ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
24
I Fikiran Pak Jamal kacau apabila mengenangkan kemiskinan keluarganya.
II Dia pulang dari pekan dengan tangan kacau.
III Rumah itu kacau sekali setelah
dimasuki pencuri.
IV Kumpulan samseng yang sering berbuat kacau
itu sudah ditangkap polis.
A. I
dan IV sahaja
B. II
dan IV sahaja
C. I,
II dan III sahaja
D. I,
III dan IV sahaja
25
I. Ashikin telah luput pen
kesayangan ayahnya.
II. Makanan yang dibeli oleh Yusof telah luput tarikhnya.
III Pengalaman
melancong ke Turki tidak pernah luput
daripada ingatannya.
IV Sampah sarap itu telah luput daripada pandangan setelah kerja-kerja pembersihan
dijalankan oleh pekerja Majlis
Perbandaran Taiping.
A. I dan II sahaja
B. II dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
Soalan
26 dan Soalan 27
Pilih
ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.
26.
Jabatan Hidupan Liar mula memburu gajah-gajah yang sering merosakkan tanaman
dan
mengganggu kehidupan penduduk Kampung
Gajah.
A.
Jabatan
Gajah Liar mula memburu gajah-gajah yang merosakkan tanaman dan mengganggu
kehidupan
penduduk Kampung Gajah.
B. Gajah-gajah yang telah merosakkan tanaman
penduduk Kampung Gajah telah diburu oleh
Jabatan Hidupan Liar.
C. Gajah-gajah itu sering merosakkan tanaman
dan mengganggu kehidupan penduduk Kampung
Gajah serta Jabatan Hidupan Liar.
D. Gajah-gajah yang telah merosakkan tanaman
dan mengganggu kehidupan penduduk
Kampung Gajah telah diburu oleh Jabatan
Hidupan Liar.
27. “Kalian mestilah menghormati orang yang lebih
tua,” kata Puan Hawa kepada anak-anak
muridnya.
A. Puan Hawa menasihati orang tua supaya
menghormati anak-anak muridnya.
B. Anak-anak murid Puan Hawa mesti menghormati
orang yang lebih tua daripadanya.
C. Puan Hawa menasihati anak-anaknya agar
menghormati orang yang lebih tua daripada kita.
D. Puan Hawa menasihati anak-anak muridnya supaya
menghormati orang yang lebih tua
daripada mereka.
Soalan
28 berdasarkan Gambar 6
28.
A. Aduhai, sakit sungguh perut saya ini!
B. Cis, tidak sanggup rasanya saya untuk
makan ubat ini!
C. Syabas, kamu berjaya meningkatkan
prestasi dalam pelajaran!
D. Ya, inilah rancangan televisyen yang
sudah lama kunanti-nantikan!
Soalan
29 dan Soalan 30
Pilih
ayat-ayat yang betul.
29. A. Beburung itu beterbangan di udara.
B. Di hari minggu kami bersenam di
Padang Sultan Sulaiman.
C. Jalan raya di Bandaraya Ipoh bisu
pada hari perayaan.
D. Sampah-sarap itu dikutip oleh
murid-murid sebaik sahaja tamat aktiviti.
30. A. Baju melayu ialah baju kebangsaan negara
Malaysia.
B. Ramai pekerja-pekerja asing yang
tidak mempunyai dokumen telah diberkas.
C. Pak Cik Sahak memangkas pepohon
rimbun itu menggunakan sebilah kapak.
D. Bunga raya merupakan bunga yang
terpaling amat cantik sekali di dunia.
Soalan
31 hingga 35.
Baca
petikan di bawah dan jawab soalan berikutnya.
MUHAMMAD BIN HAJI SALLEH hanya
mula dikenali umum di tanah air sebagai penulis pada akhir tahun 1960-an
meskipun beliau sebenarnya telah menulis lebih awal lagi. Beliau banyak
menghabiskan usianya di luar negara dan mula menulis puisi yang kebanyakannya
dalam bahasa Inggeris. Apabila kembali ke tanah air, puisi-puisi
beliau mendapat perhatian para pengkritik.
Beliau mula menulis semenjak
di Maktab Perguruan Tanah Melayu di Brinsford Lodge, England, pada tahun
1963. Oleh sebab latar belakang persekolahannya dalam bahasa dan
kesusasteraan Melayu dan Inggeris, maka beliau menulis dalam kedua-dua bahasa
itu. Sajak-sajaknya dalam bahasa Inggeris banyak dipengaruhi oleh T.S.
Eliot dan W.H. Auden yang diminatinya pada waktu itu.
Muhammad dilahirkan pada 26
Mac 1942 di Taiping, Perak Darul Ridzuan. Beliau mendapat pendidikan awal di
High School Bukit Mertajam dan Maktab Melayu Kuala Kangsar. Kemudian
melanjutkan pelajarannya ke Malayan Teachers College, Brinsford Lodge,
England. Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera di Universiti
Malaya (Singapura), ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Malaya dalam tahun
1970 dan ijazah Ph.D. dari Universiti Michigan, Amerika Syarikat dalam tahun
1973. Dalam tahun 1977, beliau pernah dilantik sebagai Profesor Tamu di
bawah rancangan Fulbright-Hays dan mengajar di North Carolina State University,
Raleigh, Amerika Syarikat.
Ketokohan Muhammad dalam
dunia penulisan puisi Melayu moden begitu dirasakan oleh para peminat sastera
tanah air apabila karya-karyanya, terutamanya puisi, mendapat perhatian bukan
sahaja oleh Panel Hadiah Karya Sastera tanah air bahkan setelah beliau
memenangi “Hadiah Sastera Asean” di Jakarta. Sejak tahun 1971, beberapa
buah puisinya telah memenangi Hadiah Karya Sastera dan kemudiannya dalam tahun
1977, Muhammad menerima Hadiah Sastera Asean bahagian puisi dengan kumpulan
puisi beliau Perjalanan Si Tenggang II.
Puisi-puisinya selalu
dihubungkan dengan intelektualisme, idea dan pemikiran yang cukup serius.
Muhammad melihat kehidupan dengan sikap intelektual seorang pencari dan
pemikir. Sebagai seorang penyair yang rajin bereksperimen dan mencari
bentuk-bentuk baru yang lebih kuat, Muhammad sejak akhir-akhir ini banyak
menghasilkan puisi yang didasarkan daripada buku Sejarah Melayu.
Puisi-puisi tersebut dapat diikuti dalam bukunya Sajak-sajak dari Sejarah Melayu yang
telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1981. Muhammad telah
terpilih menjadi Sasterawan Negara dalam tahun 1991; dan menerima anugerah
S.E.A. Write Awards di Bangkok dalam tahun 1997.
31.
Muhammad Haji Salleh ialah
A. Penulis puisi
B. Penulis sejarah
C. Penulis drama
D. Penulis kamus
32.
Sejak bilakah Muhammad Haji Salleh dikenali sebagai seorang penulis?
A.
Pada
tahun1960-an
B.
Sejak
berada di luar Negara
C.
Apabila
menulis puisi Bahasa Inggeris
D.
Apabila
beliau kembali ke tanah air.
33.
Siapakah T S Eliot dan W H Auden?
A.
Dekan
Fakulti
B.
Pengarah
Institut
C.
Penyajak
D.
Pengetua
maktab
34.
Tahun berapakah penulis dinobatkan sebagai Sasterawan Negara?
A.
1997
B.
1991
C.
1973
D.
1942
35.
Rangkai kata kembali ke tanah air bermaksud
A.
pulang
untuk minum air
B.
balik
semula ke Malaysia
C.
pergi
ke luar Negara
D.
tidak
ke mana-mana
Baca
surat kiriman di bawah dan jawab soalan berikutnya
12A,
Kampung Merawan Indah,
31300
Simpang Pulai,
Perak
___________________________________________________________________________
Yang
Dipertua,
Persatuan
Ibu Bapa Dan Guru,
Sekolah
Kebangsaan Anjung Rahmat,
31300
Simpang Pulai 7 April 2015
Tuan,
Terima Kasih Kerana Memberikan Bantuan
Persekolahan
Merujuk
kepada perkara di atas, saya Kamarulzaman Bin Marzuki dari tahun 6 Taqwa
merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak tuan kerana telah memberikan
bantuan persekolahan kepada saya.
2.
Bantuan persekolahan berjumlah RM300.00 yang diberikan dalam satu majlis pada
minggu lalu amat besar ertinya untuk saya seisi keluarga. Kami amat teruja
menerima bantuan tersebut, apatah lagi saya telah kehilangan tempat bergantung
dan hanya tinggal bersama ibu dan dua orang adik.
3.
Wang bantuan yang disumbangkan itu akan digunakan untuk membeli keperluan
persekolahan untuk saya dan adik-adik. Di samping itu saya akan membeli
buku-buku rujukan kerana saya akan menduduki UPSR pada tahun ini.
4.
Sekali lagi, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak PIBG yang telah
memberikan bantuan persekolahan kepada saya.
Sekian,
terima kasih.
Yang
benar
kamarulzamn
(
KAMARULZAMAN BIN MARZUKI )
36.
Apakah tujuan penulis menulis surat tersebut?
A.
Memohon
bantuan kewangan.
B.
Bertanya
khabar kepada PIBG.
C.
Menceritakan
tentang penggunaan wang.
D.
Berterima
kasih kerana menyumbangkan wang.
37.
Bagaimanakah cara wang tersebut digunakan oleh Kamarulzaman?
A.
Membayar
yuran peperiksaan UPSR.
B.
Membeli
keperluan harian ibu dan keluarganya.
C.
Membeli
alat tulis dan keperluan pendidikan.
D.
Menyerahkan
semuanya kepada ibu.
38.
Pada pendapat kamu, bilakah Kamarulzaman menerima bantuan tersebut?
A.
1
April 2015
B.
1
April 2014
C.
14
April 2015
D.
7
Mac 2015
39.
Perkataan teruja dalam petikan bermaksud
A.
bersedih
hati
B.
tidak
selesa
C.
berduka
cita
D.
sangat
gembira
40.
Pilih pernyataan yang tidak benar berdasarkan petikan.
A.
Kamarulzaman
berusia 12 tahun.
B.
Ibu
Kamarulzaman berstatus ibu tunggal.
C.
PIBG
akan memberikan bantuan pada minggu hadapan.
D.
Kamarulzaman
terdiri daripada empat orang ahli keluarga.
----------SOALAN
TAMAT--------------