Sunday, 31 May 2015

Ujian 6 : 011 Pemahaman

ARAHAN AM: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. bagi setiap soalan, pilih satu jawapan yang paling tepat.

Soalan 1 hingga Soalan 19
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Baginda telah berkenan untuk ________ duli dalam majlis santapan di raja bersempena dengan
     sambutan Hari Guru.
    A. mencemar                       B. bersantap
    C. bertitah                           D. mengembara

2. Murid-murid Tahun Enam Bestari sedang berbincang __________ kerja masa cuti yang
     ________ diberikan oleh guru mereka.
   A. akan ……. sedang          B. dalam …… akan
   C. tentang ….. telah             D. terhadap …. telah

3. “Sementara kita beristirahat, biar ________ meninjau kawasan ini,” kata Panglima Sunan lalu
     meninggalkan rakan-rakannya.
    A. beta                                B. hamba
    C. patik                               D. tuan hamba

4. Khairul Ikram menyelamatkan budak perempuan yang hampir ______ itu dengan menariknya ke
    tepi sungai.
   A. lelah                                 B. letih
   C. lemas                               D. lembik

5 Encik Badri __________ anaknya, Izwan kerana terlibat dalam kes ponteng sekolah.
   A. memarah                          B. memarahi
   C. dimarahi                          D. kemarahan










Soalan 6 berdasarkan Gambar 1

6. Puan Waheeda ___________ kelapa untuk dimasak pengat.
   A. mengikis                          B. menyagat
   C. memerah                          D. mengeruk

7. __________ persiapan majlis perkahwinan kakak telah diuruskan dengan sempurna oleh bapa.
   A. Segelintir                         B. Separuh
   C. Sekalian                           D. Segala

8. Penolong Kanan Pentadbiran memberikan taklimat dengan __________ tentang prestasi
    akademik murid-murid tahun enam kepada ibu bapa.
   A. panjang akal                    B. panjang lidah
   C. panjang lebar                   D. panjang tangan












Soalan 9 berdasarkan gambar 2

9. Cef itu menggunakan berapa __________ halia untuk menyedapkan lagi masakannya.
   A. kaki                                 B. hiris
   C. kuntum                            D. bungkus











Soalan 10 dan 11 berdasarkan Gambar 3

10. Fatimah __________ emaknya semasa melintasi jalan di hadapan pasar besar itu.
     A. ekor                               B. mengekori
     C. ekorkan                          D. mengekorkan

11. Fatimah dan ibunya _______ bakul dan beg plastik yang berisi ikan dan syur-sayuran.
     A. mengheret                     B. menjunjung
     C. mengelek                       D. menjinjing

12. “__________ cantik sekali pemandangan di sepanjang Sungai Kinta pada waktu malam,” kata
      Shantya kepada rakan-rakannya.
     A. Sungguh                        B. Tercantik
     C. Benar                             D. Nian

13. Zakwan berasa __________ kerana terlalu banyak makan makanan yang bercampur dengan
      lada hitam.
    A. panas                              B. pedas
    C. pijar                                D. pedar


14. Puan Zurina meminta saya menutup pintu keretanya __________ agar pintu kereta tersebut
      tidak rosak.
     A. baik-baik                       B. jaga-jaga
     C. rapat-rapat                     D. diam-diam

15. Jantung Aina __________ semasa menunggu keputusan pertandingan pidato peringkat negeri
     yang akan diumumkan oleh juruacara majlis.
    A. berdetik-detik                B. bergerak-gerak
    C. berdegap-degup             D. berdenyut-denyut


Soalan 16 berdasarkan gambar 4

16. Puan Syahindah duduk __________ sambil menganyam ketupat.
     A. bersimpuh                      B. bertelut
     C. berlunjur                        D. bersila














Soalan 17 dan 18 berdasarkan Gambar 5

17. Mak Lijah __________ bawang terlebih dahulu sebelum memasukkan sayur ke dalam
      masakannya.
     A. menumis                        B. memasak
     C. menggoreng                   D. menggaring

18. __________ masakan Mak Lijah sangat menyelerakan.
     A. Haruman                       B. Bauan
     C. Wangian                        D. Aroma

Soalan 19
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

19. Peniaga itu sedang menghitung keuntungan yang diperolehnya pada hari itu.
      A. mengira                                    B. menyemak
      C. memeriksa                    D. mengumpul

Soalan 20
Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.

20. Shamila ialah murid yang pintar dan dia selalu mendapat markah yang tinggi dalam ujian.
     A. cerdik                            B. malas
     C. dungu                            D. culas

21.  Pemuda yang dibebaskan dari penjara itu berazam akan memulakan penghidupan baru tanpa
       menoleh sejarah silamnya.
       Pilih peribahasa yang sesuai bagi ayat di atas.
     A. Beri betis hendak peha
     B. Belum duduk sudah berlunjur
     C. Bumi mana tidak ditimpa hujan
     D. Buang yang keruh ambil yang jernih


Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.
22. Cikgu Zambri bertanya kepada Amirul, “Sudahkah kamu siapkan kerja sekolah yang saya
      berikan semalam?”
     A. Sudah tentu saya akan menyiapkannya.
     B. Sudah, saya sudah menyiapkannya semalam.
     C. Ya, saya belum dapat menyiapkan kerja sekolah itu.
     D. Kerja sekolah yang cikgu berikan semalam amat mudah.

Soalan 23
Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.
23. Kertas dan tin ialah barangan yang boleh dikitar semula.
     A. Benarkah kertas dan tin dapat dikitar semula?
     B. Mengapakah kertas dan tin perlu dikitar semula?
     C. Apakah contoh barangan yang dapat dikitar semula?
     D. Bagaimanakah cara untuk mengitar semula kertas dan tin?

Soalan 24 dan Soalan 25
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
24 I Fikiran Pak Jamal kacau apabila mengenangkan kemiskinan keluarganya.
     II Dia pulang dari pekan dengan tangan kacau.
     III Rumah itu kacau sekali setelah dimasuki pencuri.
     IV Kumpulan samseng yang sering berbuat kacau itu sudah ditangkap polis.
    A.  I dan IV sahaja
    B.  II dan IV sahaja
    C.  I, II dan III sahaja
    D.  I, III dan IV sahaja


25 I. Ashikin telah luput pen kesayangan ayahnya.
    II. Makanan yang dibeli oleh Yusof telah luput tarikhnya.
    III  Pengalaman melancong ke Turki tidak pernah luput daripada ingatannya.
    IV  Sampah sarap itu telah luput daripada pandangan setelah kerja-kerja pembersihan
         dijalankan oleh pekerja Majlis Perbandaran Taiping.
    A. I dan II sahaja
    B. II dan IV sahaja
    C. I, II dan III sahaja
    D. II, III dan IV sahaja


Soalan 26 dan Soalan 27
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

26. Jabatan Hidupan Liar mula memburu gajah-gajah yang sering merosakkan tanaman dan
      mengganggu kehidupan penduduk Kampung Gajah.
A.    Jabatan Gajah Liar mula memburu gajah-gajah yang merosakkan tanaman dan mengganggu 
kehidupan penduduk Kampung Gajah.
     B. Gajah-gajah yang telah merosakkan tanaman penduduk Kampung Gajah telah diburu oleh
          Jabatan Hidupan Liar.
     C. Gajah-gajah itu sering merosakkan tanaman dan mengganggu kehidupan penduduk Kampung
          Gajah serta Jabatan Hidupan Liar.
     D. Gajah-gajah yang telah merosakkan tanaman dan mengganggu kehidupan penduduk  
          Kampung Gajah telah diburu oleh Jabatan Hidupan Liar.

27.  “Kalian mestilah menghormati orang yang lebih tua,” kata Puan Hawa kepada anak-anak
        muridnya.
        A.  Puan Hawa menasihati orang tua supaya menghormati anak-anak muridnya.
        B.  Anak-anak murid Puan Hawa mesti menghormati orang yang lebih tua daripadanya.
        C.  Puan Hawa menasihati anak-anaknya agar menghormati orang yang lebih tua daripada kita.
        D.  Puan Hawa menasihati anak-anak muridnya supaya menghormati orang yang lebih tua  
              daripada  mereka.


Soalan 28 berdasarkan Gambar 6

28. A. Aduhai, sakit sungguh perut saya ini!
      B. Cis, tidak sanggup rasanya saya untuk makan ubat ini!
      C. Syabas, kamu berjaya meningkatkan prestasi dalam pelajaran!
      D. Ya, inilah rancangan televisyen yang sudah lama kunanti-nantikan!

Soalan 29 dan Soalan 30
Pilih ayat-ayat yang betul.

29.  A. Beburung itu beterbangan di udara.
       B. Di hari minggu kami bersenam di Padang Sultan Sulaiman.
       C. Jalan raya di Bandaraya Ipoh bisu pada hari perayaan.
       D. Sampah-sarap itu dikutip oleh murid-murid sebaik sahaja tamat aktiviti.

30.  A. Baju melayu ialah baju kebangsaan negara Malaysia.
       B. Ramai pekerja-pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen telah diberkas.
       C. Pak Cik Sahak memangkas pepohon rimbun itu menggunakan sebilah kapak.
       D. Bunga raya merupakan bunga yang terpaling amat cantik sekali di dunia.

  
Soalan 31 hingga 35.
Baca petikan di bawah dan jawab soalan berikutnya.

MUHAMMAD BIN HAJI SALLEH hanya mula dikenali umum di tanah air sebagai penulis pada akhir tahun 1960-an meskipun beliau sebenarnya telah menulis lebih awal lagi.  Beliau banyak menghabiskan usianya di luar negara dan mula menulis puisi yang kebanyakannya dalam bahasa Inggeris.  Apabila kembali ke tanah air, puisi-puisi beliau mendapat perhatian para pengkritik.

Beliau mula menulis semenjak di Maktab Perguruan Tanah Melayu di Brinsford Lodge, England, pada tahun 1963.  Oleh sebab latar belakang persekolahannya dalam bahasa dan kesusasteraan Melayu dan Inggeris, maka beliau menulis dalam kedua-dua bahasa itu.  Sajak-sajaknya dalam bahasa Inggeris banyak dipengaruhi oleh T.S. Eliot dan W.H. Auden yang diminatinya pada waktu itu.

Muhammad dilahirkan pada 26 Mac 1942 di Taiping, Perak Darul Ridzuan. Beliau mendapat pendidikan awal di High School Bukit Mertajam dan Maktab Melayu Kuala Kangsar.  Kemudian melanjutkan pelajarannya ke Malayan Teachers College, Brinsford Lodge, England.  Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera di Universiti Malaya (Singapura), ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Malaya dalam tahun 1970 dan ijazah Ph.D. dari Universiti Michigan, Amerika Syarikat dalam tahun 1973.  Dalam tahun 1977, beliau pernah dilantik sebagai Profesor Tamu di bawah rancangan Fulbright-Hays dan mengajar di North Carolina State University, Raleigh, Amerika Syarikat.


Ketokohan Muhammad dalam dunia penulisan puisi Melayu moden begitu dirasakan oleh para peminat sastera tanah air apabila karya-karyanya, terutamanya puisi, mendapat perhatian bukan sahaja oleh Panel Hadiah Karya Sastera tanah air bahkan setelah beliau memenangi “Hadiah Sastera Asean” di Jakarta.  Sejak tahun 1971, beberapa buah puisinya telah memenangi Hadiah Karya Sastera dan kemudiannya dalam tahun 1977, Muhammad menerima Hadiah Sastera Asean bahagian puisi dengan kumpulan puisi beliau Perjalanan Si Tenggang II.

Puisi-puisinya selalu dihubungkan dengan intelektualisme, idea dan pemikiran yang cukup serius.  Muhammad melihat kehidupan dengan sikap intelektual seorang pencari dan pemikir.  Sebagai seorang penyair yang rajin bereksperimen dan mencari bentuk-bentuk baru yang lebih kuat, Muhammad sejak akhir-akhir ini banyak menghasilkan puisi yang didasarkan daripada buku Sejarah Melayu.  Puisi-puisi tersebut dapat diikuti dalam bukunya Sajak-sajak dari Sejarah Melayu yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1981. Muhammad telah terpilih menjadi Sasterawan Negara dalam tahun 1991; dan menerima anugerah S.E.A. Write Awards di Bangkok dalam tahun 1997.

  
31. Muhammad Haji Salleh ialah
A.    Penulis puisi
B.     Penulis sejarah
C.     Penulis drama
D.    Penulis kamus

32. Sejak bilakah Muhammad Haji Salleh dikenali sebagai seorang penulis?
A.    Pada tahun1960-an
B.     Sejak berada di luar Negara
C.     Apabila menulis puisi Bahasa Inggeris
D.    Apabila beliau kembali ke tanah air.

33. Siapakah T S Eliot dan W H Auden?
A.    Dekan Fakulti
B.     Pengarah Institut
C.     Penyajak
D.    Pengetua maktab

34. Tahun berapakah penulis dinobatkan sebagai Sasterawan Negara?
A.    1997
B.     1991
C.     1973
D.    1942

35. Rangkai kata kembali ke tanah air bermaksud
A.    pulang untuk minum air
B.     balik semula ke Malaysia
C.     pergi ke luar Negara
D.    tidak ke mana-mana

 Soalan 36 hingga 40

Baca surat kiriman di bawah dan jawab soalan berikutnya

12A, Kampung Merawan Indah,
31300 Simpang Pulai,
Perak
___________________________________________________________________________

Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru,
Sekolah Kebangsaan Anjung Rahmat,
31300 Simpang Pulai                                                                                          7 April 2015

Tuan,

Terima Kasih Kerana Memberikan Bantuan Persekolahan

Merujuk kepada perkara di atas, saya Kamarulzaman Bin Marzuki dari tahun 6 Taqwa merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak tuan kerana telah memberikan bantuan persekolahan kepada saya.

2. Bantuan persekolahan berjumlah RM300.00 yang diberikan dalam satu majlis pada minggu lalu amat besar ertinya untuk saya seisi keluarga. Kami amat teruja menerima bantuan tersebut, apatah lagi saya telah kehilangan tempat bergantung dan hanya tinggal bersama ibu dan dua orang adik.

3. Wang bantuan yang disumbangkan itu akan digunakan untuk membeli keperluan persekolahan untuk saya dan adik-adik. Di samping itu saya akan membeli buku-buku rujukan kerana saya akan menduduki UPSR pada tahun ini.

4. Sekali lagi, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak PIBG yang telah memberikan bantuan persekolahan kepada saya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar
 kamarulzamn
( KAMARULZAMAN BIN MARZUKI  )

  
36. Apakah tujuan penulis menulis surat tersebut?
A.    Memohon bantuan kewangan.
B.     Bertanya khabar kepada PIBG.
C.     Menceritakan tentang penggunaan wang.
D.    Berterima kasih kerana menyumbangkan wang.

37. Bagaimanakah cara wang tersebut digunakan oleh Kamarulzaman?
A.    Membayar yuran peperiksaan UPSR.
B.     Membeli keperluan harian ibu dan keluarganya.
C.     Membeli alat tulis dan keperluan pendidikan.
D.    Menyerahkan semuanya kepada ibu.

38. Pada pendapat kamu, bilakah Kamarulzaman menerima bantuan tersebut?
A.    1 April 2015
B.     1 April 2014
C.     14 April 2015
D.    7 Mac 2015

39. Perkataan teruja dalam petikan bermaksud
A.    bersedih hati
B.     tidak selesa
C.     berduka cita
D.    sangat gembira

40. Pilih pernyataan yang tidak benar berdasarkan petikan.
A.    Kamarulzaman berusia 12 tahun.
B.     Ibu Kamarulzaman berstatus ibu tunggal.
C.     PIBG akan memberikan bantuan pada minggu hadapan.
D.    Kamarulzaman terdiri daripada empat orang ahli keluarga.




 ----------SOALAN TAMAT--------------


Thursday, 21 May 2015

Peribahasa : Habis adat kerana kerelaan - jauh panggang dari api

PERIBAHASA : 31
Habis adat kerana kerelaan.
Adat dapat diubah atau ditiadakan oleh muafakat, dengan persetujuan atau perdamaian.
Habis air setelaga, arang dibasuh tak putih.
Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu.
(Peribahasa lain yang sama makna:
a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis,
b. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih,
c. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya).
Habis hulubalang bersiak.
Apabila sudah tidak ada orang yang akan diperintah, maka diri sendirilah yang harus mengerjakannya. siak = orang yang hidup miskin kerana Allah.
Habis kapak berganti beliung.
Sangat rajin bekerja.
Habis kuman disembelih hendak memberi makan gajah.
Menyusahkan orang kecil kerana hendak menyenangkan orang besar-besar.
Habis manis sepah dibuang.
Digunakan sewaktu ada perlunya saja, setelah itu ditinggalkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan).
Habis miang kerana bergeser.
Sesuatu kesukaran akan hilang apabila sudah menjadi kebiasaan.
(Peribahasa lain yang sama makna: Habis geli oleh geletek, habis rasa / bisa  oleh biasa).
Habis minyak sepasu, ekor anjing diurut tiada akan lurus.
Tabiat seseorang yang jahat, sangat sukar hendak diubah.
(Peribahasa lain yang sama makna: Ekor anjing berapa pun diulurut [akan dia] tiada juga betul).
Habis tenggang dan / dengan kelakar.
Tidak berdaya lagi.
Habis umpan kerong-kerong tak dapat.
Perbuatan dan usaha yang mendatangkan rugi. kerong-kerong = ikan laut.
Hancur badan dikandung tanah, budi baik terkenang juga.
Budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan orang walaupun sudah mati.
Hangat tiada berapi, sejuk tiada berair.
Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, c. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya).
PERIBAHASA : 32
Hangat-hangat tahi  ayam.
Tidak bersungguh-sungguh.
Hanya air dingin yang dapat memadamkan api.
Kata-kata yang lemah-lembut saja yang dapat mendinginkan hati yang sedang marah.
Harap hendak melonjak, kopiah pesuk.
Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah.
Harap hendak meraup, tidak boleh menggenggam.
Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah.
(Peribahasa lain yang sama makna:
Harap hendak melonjak, kopiah pesuk). meraup = mencedok dengan tangan.
Harap ke mulut besar cakap, kerja suatu tak boleh cekap.
Cakapnya saja yang besar tetapi buktinya tidak ada.
Harap lenggang serdadu, destar teleng, belanja kurang.
Gaya saja yang gagah, tetapi tidak berwang. lenggang serdadu = sikap yang gagah.
Harapkan anak, buta mata sebelah; harapkan teman, buta keduanya.
Dalam membuat sesuatu pekerjaan, janganlah diharapkan kepada orang lain; walaupun kepada anak sendiri.
Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan.
Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan.
Harapkan guruh / Guntur di langit, air tempayan ditumpahkan.
Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan.
(Peribahasa lain yang sama makna:
a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan,
b. Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar, c. Kura-kura di kaki ditinggalkan, penyu di pantai dikejar, d. Pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang jauh yang dikejar).
Hari guruh takkan hujan.
Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul.
(Peribahasa lain yang sama makna: Harimau bertempek tak [kan] makan orang).
Hari ini terlebih baik daripada besok.
Yang dapat diusahakan hari ini janganlah ditangguhkan sampai besok.
Hari tak selamanya panas.
Untung dan malang silih berganti.
Hari tidak siang saja.
Tidak selamanya senang terus-menerus.
Harimau ditakuti sebab giginya.
Orang besar-besar itu ditakuti kerana kekuasaannya.
Harimau hendak menghilangkan jejaknya.
Orang jahat hendak menyembunyikan kejahatannya.


PERIBAHASA : 33
Harimau mati kerana belangnya.
Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah mati dicatuk katak, b. Kasturi mati kerana baunya, c. Mati kuang kerana bunyi).
Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan daging, manusia mati meninggalkan nama.
Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.
Harimau memperlihatkan kukunya.
Orang yang memperlihatkan kekuasaannya.
Harimau mengaum takkan menangkap.
Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul.
(Peribahasa lain yang sama makna: a. Hari guruh takkan hujan, b. Harimau bertempek tak [kan] makan orang).
Harimau menunjukkan belangnya.
Orang yang memperlihatkan kekuasaannya.
(Peribahasa lain yang sama makna: Harimau memperlihatkan kukunya).
Harimau menyorokkan kuku.
Orang yang menyembunyikan kelebihannya.
Harimau puntung kena penjara, pelanduk kecil menolakkan mara.
Ada masanya kesusahan orang besar lagi berkuasa itu ditolong oleh orang yang lemah dan kecil.
Harimau tidak merendahkan dirinya untuk menangkap cicak sebagai mangsanya.
Orang besar yang tidak mahu bertindak dengan tindakan-tindakan yang merendahkan tarafnya.
Harta orang hendak dikebas.
Orang yang mahu mengambil harta orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Harta orang hendak digalas).
Harum menghilangkan bau.
Keburukan telah dilindungi oleh kebaikan.
Harum semerbak mengandung mala.
Jasa yang dipuji-puji, tetapi jasa itu diperoleh dengan jalan yang curang. mala = air bangkai yang telah busuk.
Hati bagai baling-baling.
Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai pancang digoncang arus, b. Baling-baling di atas bukit, c. Sebagai pimping di lereng bukit, d. Seperti panji-panji ditiup angin).
Hati bagai pelepah, jantung bagai jantung pisang.
Orang yang tidak ada perasaan.
Hati bak serangkak dibungkus.
Sangat berharap-harap akan mendapat sesuatu yang diingini.
Hati gajah sama dilapah, hati kuman (= tuma) sama dicecah.
Pembahagian yang sama rata; banyak sama-sama banyak, sedikit sama-sama sedikit.


PERIBAHASA :34
Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai.
Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang ahli dalam perkara itu.
Hendak bersunting bunga mala.
Hendak beristeri perempuan tua.
Hendak bertanduk kepala dipahat.
Kerana hendak menunjukkan kemegahan, rela berhutang atau berbuat sesuatu yang dapat mendatangkan bencana kepada diri sendiri.
Hendak dimasukkan ke dalam sumpit tak maut; ke dalam keranjang longgar.
Sesuatu yang tidak sempurna menyebabkan keadaan menjadi sukar.
Hendak ditelan termengkelan, hendak diludah tiada keluar.
Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah.
(Peribahasa lain yang sama makna:
a. Bagai bertemu / makan buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu,
b. Bagai memegang buah kepantangan beruk; ditelan mati emak, diludahkan mati bapa,
c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang,
d. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang,
e. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa). termengkelan = tersangkut dalam kerongkongan.
Hendak masak langsung hangus.
Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu.
(Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu langit,
b. Terlampau panggang jadi hangus).
Hendak melangkah kaki pendek, hendak mencapai tangan tak sampai.
Ingin membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak berdaya kerana kekurangan wang dan alat.   
Hendak meluruskan ekor anjing.
Sukar untuk mengubah kelakuan yang sudah menjadi tabiat.  
Hendak memadam api tengah menyala, disiramkan minyak pula ke atasnya.
Orang yang sedang marah malah diapi-apikan pula.
Hendak memikat balam, balam jugalah penunggunya.
Hendak mencari orang pandai, maka orang yang pandai pulalah yang tahu mencarinya.
Hendak menangguk ikan, tertangguk akan batang.
Hendakkan laba, rugi yang diperoleh.
Hendak mendapat pisang terkupas.
Inginkan kesenangan tetapi malas berusaha.


PERIBAHASA : 35
Hendak menggaruk tidak berkuku.
Hendak berusaha tetapi alat syaratnya tiada ada.  
Hendak panjang terlalu, patah.
Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu.
(Peribahasa lain yang sama makna:
a. Hendak harum terlalu hangit,
b. Hendak masak langsung hangus).
Hendak pergi berotan jangan takut onaknya.
Hendak membuat sesuatu pekerjaan yang besar, janganlah takut menghadapi percubaan.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya.
Tiap-tiap ada kemahuan, tentu ada jalan.
Hendak singa di tengah padang lagi, daripada ular di dalam rumput.
Lebih baik berdepan dengan musuh besar di tempat terang daripada musuh kecil di dalam sulit.
Hendak ulam, pucuk menjulai.
Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak air pancuran terbit, b. Pucuk dicita ulam tiba).
Hendak untung menjadi buntung.
Hendakkan laba, rugi yang diperoleh.
(Peribahasa lain yang sama makna: Hendak menangguk ikan, tertangguk akan batang).
Hendakkan halus, genting; genting putus sudahnya.
Perbuatan yang melebihi batasnya tentu tidak selamat dan akhirnya akan mendatangkan kerugian.
Hendaklah seperti tembikar, pecah satu pecah semuanya.
Hendaklah hidup dalam muafakat; senang sama-sama senang, susah sama-sama susah.
Hidung dicium, pipi digigit.
Kasih sayang yang pura-pura saja; menyembunyikan perbuatan jahat dengan perbuatan baik.
Hidung sudah rampung diatur orang.
Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai jelongak kerbau rampung).
Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.
Suka ikut campur dalam urusan orang lain; menonjol-nonjolkan diri.
Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah.
Selama masih hidup, mestilah menurut aturan-aturan yang berlaku, sudah mati terserahlah kepada hukum Tuhan.
Hidup di hujung gurun orang.
Hidup melarat.
Hidup sandar-menyandar umpama aur dengan tebing.
Suami isteri yang berkasih-kasih; sahabat yang setia dan bertolong-tolongan.
Hilang di mata di hati jangan.
Walaupun tempat tinggal berjauhan tetapi selalulah ingat di dalam hati.
Hilang kabus, teduh hujan.
Telah mendapat kesenangan sesudah menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: Terang kabut, teduh hujan).


PERIBAHASA : 36
Hinggap saja bagai langau.
Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya). Peribahasa lain yang sama makna: Hinggap bak langau, titik bak hujan).
Hitam-hitam bendi, putih-putih sadah.
Yang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik. bendi = kereta kuda; sadah = kapur.
Hitam-hitam gajah, putih-putih udang kepai.
Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan.
Hitam-hitam gula Jawa.
Biarpun hitam tetapi manis.
Hitam-hitam kereta api, putih-putih kapur sirih.
Yang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik. Peribahasa lain yang sama makna: Hitam-hitam bendi, putih-putih sadah).
Hitam mata itu takkan boleh bercerai dengan putihnya.
Orang yang sedang berkasih-kasihan tak dapat dipisahkan satu sama lain.
Hitam tahan tempa, putih tahan sesah.
Dapat diuji, tentang keasliannya; tetap tidak berubah.
Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang.
Barang yang buruk tetapi berguna, disimpan; barang yang cantik tetapi tidak berguna, dibuang.


Hujan berbalik ke langit.
Orang berkuasa minta pertolongan kepada orang yang lemah.
Hujan berpohon, panas berasal.
Segala sesuatu tentu ada sebab-musababnya.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri.
Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik.
Hujan jatuh ke pasir.
Berbuat baik tidak pada tempatnya.
Hujan tak sekali jatuh, simpai tak sekali erat.
Keuntungan dan bahagia tidak datang sekali gus. simpai = gelang-gelang daripada rotan.
Hujan, tempat berteduh; panas, tempat berlindung.
Orang yang selalu memberi pertolongan kepada orang-orang yang mendapat kesusahan.
Hujung lurus, pangkal berkait.
Kelihatannya baik, teta[I di dalam hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lurus bagai piarit, b. Telunjuk lurus, kelingking berkait).
Ibarat ayam: tiada mengais tiada makan.
Sangat miskin.
Ibarat beban, belum lepas daripada bahu (= kepala).
Belum lepas daripada tanggungan (anak lelaki atau anak perempuan).
Ibarat bunga: sedap dipakai layu dibuang.
Perempuan yang dikasihi sementara muda, tetapi setelah tua lalu diceraikan. sedap = maksudnya: segar.


PERIBAHASA : 37
Ibarat burung: mata lepas badan terkurung.
Tidak ada kemerdekaan.
Ibarat dawat (dakwat) dengan kertas: bila boleh renggang terlepas.
Suami isteri yang berkasih-kasihan.
Ibarat gasing: berpaku tetap berpusing, tak berpaku merayau.
Lelaki yang sudah beristeri, biar bagaimanapun ia berjalan namun ia tetap akan kembali ke rumahnya juga.
Ibarat kutu, boleh diselisik.
Kesalahan atau keburukan tidak dapat disembunyikan. selisik = diraba-raba dengan jari di dalam rambut.
Ibarat negeri berubah rasam; ibarat tahun berubah musim.
Orang yang tidak tetap kedudukannya. rasam = adat, kebiasaan.
Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah.
Rakyat jelata terpaksa menurut perubahan pada tiap-tiap kali pemerintahan bertukar. (Bandingkan dengan: Sekali air besar, sekali tepian beranjak [= beralih]).
Ibarat perahu takkan karam sebelah.
Kaum keluarga ikut bersimpati atas kecelakaan yang menimpa kerabatnya.
Ibarat rumput yang sudah kering, ditimpa hujan segar kembali.
Orang melarat mendapat pertolongan.
Ijuk sebelembang, tali di situ keluan di situ.
Pencarian yang tiada memadai. sebelembang = seberkas.
Ikan biar dapat, serampang jangan pukah.
Maksud biar tercapai, kerugian jangan ada. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar ular mati, kayu tiada patah). serampang = tempuling; pukah = bengkok, patah.
Ikan dalam keroncong.
Tiada tertolong lagi (Tentang: Orang yang telah tertangkap). keroncong = bilik-bilik bubu sebelah dalam.
Ikan digulai sudah melompat.
Nasib yang malang.
Ikan di hulu tuba di hilir.
Perbuatan yang sia-sia.
Ikan di kuali, habis melompat.
Nasib yang malang. (Peribahasa lain yang sama makna: Ikan digulai sudah melompat).
Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan.
Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Burung terbang dipipiskan lada). sengkalan = pengisar rempah-rempah.
Ikan pulang ke lubuk.
Telah kembali ke tempat asalnya.
Ikan seekor rosakkan ikan setajau.
Kerana yang sedikit rosak yang banyak. tajau = tempayan besar dibuat daripada tanah berlapis sejenis proselin.
Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor.
Kerana yang sedikit rosak yang banyak.
(Peribahasa lain yang sama makna:
a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau,
b. Sebab nila setitik, rosak susu [= santan] sebelanga). kambu = bakul.
Ikan tergantung, kucing tunggu.
Mengharapkan untuk memperoleh barang yang diingini.

PERIBAHASA : 38
Ikannya belum dapat, airnya sudah keruh.
Perbuatan (= tindakan) yang tidak bijaksana.
Ikat boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya?
Perangai yang sudah jadi tabiat sukar sekali mengubahnya. takuk = luka pada pohon, misalnya pada pohon kelapa tempat berpijak naik ke atas.
Ikhtiar menjalani, untung menyudahi.
Untuk mencapai sesuatu maksud mestilah berusaha, berhasil atau tidaknya, terserah kepada nasib.
Ikut hakim memiat daging: sakit di awak sakitlah orang.
Sesuatu perintah hendaklah dilakukan dengan adil. memiat (piat) = memiuh ke kiri ke kanan.
Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta.
Orang yang mengikutkan hawa nafsunya, tentu akan celaka akhirnya.
Ilmu padi, makin berisi makin runduk.
Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri.
(Peribahasa lain yang sama makna: Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk).
Inai tertepung, kuku tanggal.
Usaha yang tak dapat diambil hasilnya kerana terjadi kemalangan. tertepung = sudah digiling.
Indah khabar daripada rupa.
Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya.
(Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menumbuk padi hampa).
Ingat-ingat yang di atas, yang di bawah akan menimpa.
Orang yang sedang berkuasa hendaklah berhati-hati menjalankan kewajipannya, jangan sampai menyusahkan orang-orang kecil, yang sewaktu-waktu mungkin akan menentang kerana kelakuannya yang tidak baik itu.
Ingin di buah manggis hutan, masak ranum tergantung tinggi.
Inginkan sesuatu yang sudah diperoleh.
Ingin hati memandang (= melihat) pulau, sampan ada pengayuh tidak.
Ingin hendak berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi alatnya tidak cukup.
Ini hari orang, besok hari kita.
Malang dan malapetaka itu tak dapat ditentukan (nasihat supaya beringat-ingat)
Intan berlian jangan dipijakkan.
Untung bahagia jangan dielakkan.
Intan dikalungkan di leher anjing.
Memberikan sesuatu (barang, nasihat) kepada orang yang tidak mahu atau bukan pada tempatnya.
Intan disangkakan batu kelikir.
Tidak mengetahui harga (keadaan) yang sebenarnya.
Itik berenang dalam air  mati kehausan.
Menderita kesusahan meskipun banyak wang atau berpangkat tinggi.   
Itik bertaji.
Sangat penakut, tetapi sombong.
Itik diajar berenang.
Membuat pekerjaan yang sia-sia.

PERIBAHASA : 39
Itik mendapat air.
Memperoleh sesuatu yan sangat digemarinya.
Itik tak sudu, ayam tak patuk.
Tersisih daripada pergaulan kerana kemiskinan.
Jadi air mandi.
Sudah jadi kebiasaan.
Jadi alas cakap.
Hadiah kepada orang yang berjasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Akan pembasuh kaki [= tangan]).
Jadi bapa kuda.
Orang lelaki yang suka kahwin di sana sini dan bersenang-senang di rumah isterinya, tanpa membuat sesuatu pekerjaan.
Jadi bumi langit.
Orang yang sangat diharapkan pertolongannya dan segala nasihatnya dituruti.
Jadi dinding lasak peti manian.
Orang yang menjadi harapan raja atau orang besar-besar. lasak = masuk, muat, isi; peti manian = tempat simpanan pakaian dan barang-barang yang berharga.
Jadi kuda beban.
Orang suruhan.
Jahit sudah, kelindan putus.
Habis (= selesai) sama sekali. kelindan = benang pada jarum.
Jalan diasak orang lalu, cupak dipepat orang menggalas.
Adat istiadat dalam suatu negeri telah diubah oleh orang asing yang tinggal di dalam negeri itu. diasak = dipindahkan; orang lalu = peladang; pepat = rata, dipangkas.
Jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak.
Hendaklah selalu bersopan santun (bila merantau ke negeri orang).
Jalan mati lagi dicuba, inikan pula jalan binasa.
Orang yang berani dan tidak memilih perbuatannya.
Jalan raya titian batu.
Adat (= aturan) yang belum berubah-ubah. titian = jambatan kecil.
Jambatan emas.
Jalan mencapai bahagia.
Janda berhias.
Janda yang belum beranak.
Jangan bagai orang berjudi: menang mua, alah hendak berbela.
Membuat pekerjaan yang sudah ada celanya, nescaya merugikan semata-mata. mua = melampau.
Jangan bagai orang patah selera, banyak makan.
Pura-pura tidak mahu, tetapi dalam hati suka sekali. patah selera = tak bernafsu makan.
Jangan bawa resmi jagung: makin berisi makin jegang (= tegak).
Makin kaya (berilmu) makin sombong. (Bandingkan dengan: a. Baik membawa resmi padi, daripada membawa resmi lalang, b. Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk).
Jangan bercermin di air keruh.
Jangan mengikut tauladan (teladan) yang buruk.
Jangan berebutkan tembikar pecah.
Janganlah berkelahi kerana memperebutkan sesuatu yang tidak ada gunanya.
Jangan bersandar di batang rengas.
Tidak usah mencari perlindungan pada orang besar yang jahat.
Jangan diajar anak harimau makan daging.
Jangan digembirakan anak orang yang berkuasa berbuat zalim.

PERIBAHASA : 40

Jangan berkemudi di haluan.
Jangan terlalu sangat mengikut kata isteri.
Jangan kamu sangka: kapal api besi itu pun masuk guri juga.
Jangan disangka sesuatu yang kuat dan teguh akan kekal terus tidak binasa. guri = sebangsa buyung.
Jangan meludah ke langit.
Jangan mengeji (mencela) ibu bapa atau saudara mara sendiri.
Jangan memanah ke langit.
Jangan menderhaka kepada negeri atau pemerintah kerana yang serupa itu akan membinasakan diri sendiri.
Jangan memberi bunga kepada monyet.
Memberi sesuatu yang baik hendaklah pada tempatnya.
Jangan menggerak ular tidur.
Bahaya jangan dicari-cari.
Jangan menghulurkan hulu keris ke tangan orang.
Jangan menyerahkan kuasa kapada orang, nescaya kita dibinasakannya.
Jangan menjadi seperti kacang lupakan kulit atau ulat lupakan daun.
Jangan kita lupa akan asal keturunan kita atau akan orang yang telah berbudi kepada kita.
Jangan menggegai sempada di bawah batang.
Bahaya jangan dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: Jangan menggerak ular tidur). menggegai = mengusik; sempada = ketam.
Jangan menumbuk di periuk, bertanak di lesung.
Jangan berbuat sesuatu pekerjaan yang menyalahi kebiasaan.
Jangan seperti si buta mematah tongkat.
Jangan bermusuh dengan orang yang menolong kita.
Jangan sudah terperosok, baru hendak membaiki lantai.
Sesudah mendapat kecelakaan baru hendak beringat-ingat.
Jangan tercirit di periuk.
Jangan berbuat angkara pada tempat kita menumpang; jangan berbuat jahat kepada orang yang telah menolong kita.
Jari kudung dimasukkan cincin.
Berbuat sesuatu tidak pada tempatnya.
Jaring berbangkit kuaran tiba.
Perhitungan yang salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Getah terbangkit [= diangkat] kuaran tiba.
Jarum halus kelindan sutera.
Tipu muslihat yang sangat halus. (Peribahasa lain yang sama makna: Jerat halus kelindan sutera).
Jatuh berkait.
Memperoleh sesuatu kerana diminta.
Jatuh berjolok.
Memperoleh sesuatu kerana diminta. (Peribahasa lain yang sama makna: Jatuh berkait).
Jatuh di atas tilam.
Beruntung kerana mendapat pangkat, isteri yang kaya dan sebagainya.
Jatuh dihimpit tangga.
Mendapat kesusahan silih berganti.
Jauh dari mata jauhlah dari hati.
Hilang kasih sesudah berjauhan tempat.
Jauh di mata, dekat di hati.
Meskipun telah jauh berpisah, tetapi tidak lupa pada yang ditinggalkan. (Biasa juga; Jauh di mata, di hati jangan).
Jauh panggang dari api.
Jawapan atau sindiran yang tidak tepat.