Saturday 7 March 2015

Ujian Pengesanan 2, 012 Penulisan Tahun 6

UJIAN PENGESANAN 2, 012 PENULISAN TAHUN 6

BAHAGIAN A
Masa Dicadangan 15 minit  (10 markah )


Tulis 5 ayat lengkap berdasarkan gambar di bawah.




BAHAGIAN B
Masa dicadangkan : 40 minit ( 30 markah )

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1.      Kamu baru sahaja pulang dari kampung. Gambarkan keindahan suasana di kampung kamu.


2.      Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Cita-Cita Saya”.


3.      Kamu telah terpilih menyertai satu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan kau ialah “Faedah-faedah Bersenam”.  Tulis syarahan tersebut selengkapnya.



BAHAGIAN  C
Masa dicadangkan : 20 minit   ( 20 markah )

Tulis 5 amalan baik yang terdapat dalam petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.



Keputusan peperiksaan telah diumumkan. Fatimah dan Farihah kelihatan tenang sahaja, sedangkan pelajar-pelajar lain begitu resah menunggu pengumuman pencapaian peperiksaan mereka. Fatimah dan Farihah percaya bahawa mereka akan memperolehi kejayaan cemerlang kerana mereka telah membuat persiapan awal-awal lagi.

Di rumah, mereka memperuntukkan masa selama 3 jam untuk mengulang kaji pelajaran. Ibu dan ayah mereka sentiasa membimbing dan memberi dorongan kepada mereka untuk berjaya. Di sekolah, mereka tidak pernah leka. Perhatian terhadap guru diberikan seratus peratus. Kerja-kerja sekolah dan kerja rumah dibereskan tepat pada masanya. Malah setiap kali ujian, pasangan kembar ini akan dicemburui oleh pelajar lain kerana merekalah yang terbaik.

Sebaik sahaja nama Fatimah dan Farihah diumumkan, ternyata mereka sekali lagi mendapat keputusan yang terbaik. Mereka saling berpelukan tanda gembira. Dengan senyuman mereka bersalaman dan mencium tangan guru-guru yang telah mendidik mereka.




1 comment: