Friday 13 March 2015

Ujian 3 : 011 Pemahaman UPSR

011 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN
    TAHUN 6
    UJIAN  3

NAMA _____________________________

TAHUN _____________

Soalan 1 hingga 17
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.






Soalan 1 dan 2 berdasarkan gambar 1







1. Raja Mahmud memiliki sebuah _______ di Larut.
A  rumah                      B.  istana
C  tahta                        D  banglo






 2. Permaisuri Ratna menemani Raja Mahmud di peraduan kerana baginda ________.
A          afiat                  B  bersantap
C          gering               D         beradu


Soalan 3 berdasarkan gambar 2
 




 





3. Petang semalam Azmir makan dua _____ durian.
A         longgok                        B          butir
C          ulas                              D         pangsa

4. Berita _______ yang disampaikan oleh pemberita itu membuatkan semua penonton bersedih.
A         duka                B          ceria
C          ngeri                D         malang

5. Kakak berjanji akan mengajak rakan ________ berkunjung je kampung pada cuti akan datang. ______
A         rumah              B          serumah
C          perumahan       D         perumah

6. Puan Rohaya hairan melihat pokok-pokok bunganya _____ sedangkan telah disiram dan dibaja.
A         letih                             B          lentok
C          lemah               D         layu

7. Ahli pasukan ragbi sekolah kami berlatih _________ untuk memastikan hasrat menjadi juara tercapai.
A         berbolak-balik             B          berhempas-pulas
C          berbasa-basi                             D         berliuk-lentok

8. Penduduk Taman Seri Mesra menulis ___________ kepada majlis bandaran tentang masalah jalan berlubang.
A         surat kiriman                B          surat penghargaan
C          surat aduan                  D         surat permohonan



 






9. Pemburu itu memetik ______ senapangnya untuk melepaskan tembakan.
A         laras                               B          pucuk
C          butang                          D         picu

10. Bendera Jalur Gemilang ___________ ditiup angin.
A         kibar-kibar                               B          kibar-kibaran
C          berkibar-kibar                          D         mengkibar-kibarkan

11. Najihah tetap mahu menghabiskan kerja sekolahnya ________ hari sudah jauh malam.
A         kendatipun                   B          sekiranya
C          seandainya                   D         sehingga

12. Para pelanggan restoran memuji keenakan nasi minyak yang dimasak oleh _______ itu. 
A         jurupangkas                  B          jurutanak
C          juruacara                       D         jurubina

13. Guru Besar ____ kami belajar bersungguh-sungguh kerana peperiksaan akan menjelang tidak berapa lagi.
A         memaksa                      B          melayan
C          mendesak                    D         menggesa
soalan 14 berdasarkan gambar 4


14. Pemain bola sepak yang cedera itu _________ ke luar padang.
A         diusung                                    B          dipimpin
C          dijulang                                    D         dijunjung

15. "Saya risau kerana ______ semalam anak saya belum pulang," kata Encik Zaki kepada pegawai polis.
A         sejak                            B          pada
C          daripada                                   D         hingga

16. Mustafa singgah di ______ untuk membeli beberapa barang keperluan.   
A         Restoran Pak Wan                   
B          Kedai Runcit Cempaka
C          Poliklinik Simpang Pulai
D         Balai Raya Taman Bersatu

17. Pasar raya itu dikunjungi oleh orang ramai kerana sedang mengadakan jualan _____________.
A         harga mati                    B          harga tetap
C          harga tunai                   D         harga runtuh

18. Walaupun hanya anak angkat, Naimah dipelihara dengan penuh kasih sayang oleh keluarga itu.
Peribahasa yang sesuai untuk ayat di atas ialah ...
A         Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
B          Jauh panggang dari api
C          Kerbau diberi pelana
D         Bagai menatang minyak yang penuh

19. Banjir yang melanda negeri Kelantan menyebabkan kemusnahan harta benda.
Pilih perkataan seerti bagi banjir.
A         bah                              B          air
C          hujan                           D         ribut

20. Keuda-dua anak kembar Encik Chandran mempuyai wajah yang seiras.
Pilih perkataan berlawan bagi seiras.
A         sepadan                        B          semacam
C          seumpama                   D         berbeza

Soalan 21 dan 22.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
21. I     Semasa lalu di sana, saya nampak kejadian                 yang mencemaskan itu.
    II      Angelina masuk ke bilik lalu tidur.
    III    Badannya semakin kurus kerana dia tidak
lalu makan dan minum.
IV Posmen itu meninggalkan surat dalam kotak
    surat di rumah saya kemudian lalu pergi.
A  I dan II                         B          II dan III
C   II, III dan IV                D         I, II dan III

22.       I           Perhimpunan pagi itu menjadi gempar apabila seorang murid tiba-tiba pengsan.
II   Suasana di Syiria menjadi gempar apabila sebutir bom meletup. 
III Pemuda yang berbadan gempar itu ialah  abang saya.
IV Masyarakat di pulau itu menjadi gempar  apabila menemukan harta karun.
A  I dan II                         B          I , II dan III
C   I, IIdan IV                    D         I I, III dan IV

23. Pilih ayat tanya yang sesuai Saya tidak dapat hadir kerana menziarahi nenek saya yang sakit di hospital.
A.   Siapakah yang sedang sakit dan dirawat di hospital?
B.   Mengapakah nenek kamu dirawat di hospital?
C.   Mengapakah kamu tidak hadir semalam?
D. Siapakah yang menziarahi nenek di hospital?

24. Pilih jawapan yang sesuai.
Apakah kejadian yang menyebabkan penduduk kampung itu berada dalam ketakutan?
A.   Benar, penduduk kampung itu berada dalam ketakutan.
B.   Tidak, penduduk kampung itu tidak berada dalam ketakutan.
C.  Keadaan itu telah menyebabkan penduduk kampung berada dalam ketakutan.
D. Penemuan tapak harimau menyebabkan penduduk kampung takut.

Soalan 25 dan 26. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

25. "Buat satu barisan, kemudian lakukan regangan sebelum masuk ke padang," kata Encik Redho kepada pasukan ragbi.
A. Encik Redho diberikan taklimat untuk membuat barisan dan regangan di padang ragbi.
B. Sebelum masuk ke padang Encik Redho menyuruh ahli pasukan ragbi untuk membuat           regangan dan satu barisan.
C. Sebelum membuat regangan Encik Redho membuat satu barisan dan bersedia masuk    ke        padang kepada pasukan ragbi.
D.  Encik Redho berkata kepada pasukan ragbi agar membuat satu barisan dan regangan di   padang.

26. Rumah ini dibeli oleh bapa saya setelah menandatangani surat perjanjian.
A.   Surat perjanjian ditandatangai oleh bapa saya dalam rumah yang dibeli ini.
B.   Rumah yang baru dibeli ini ditandatangai oleh bapa saya.
C.   Bapa saya membeli rumah ini setelah menandatangai surat perjanjian.                    
D.   Saya dan bapa menandatangai surat perjanjian rumah ini.     

Soalan 27 dan 28. Pilih ayat yang betul.

27. A. Kamil akan memulangkan buku itu semalam.
B. Ibu menanak nasi ke dalam periuk.
C. Tanjak yang dipakai oleh sultan itu dihiasi delima.
D. Suhaili mempunyai banyak koleksi-koleksi lagu lama.

28. I. Mini telekung yang dipakainya itu dibeli di luar negara.
II. Cili sos yang digunakan oleh tukang masak itu berjenama Mak Siti.
III. Hakimi menolong ibunya membungkus keledek goreng.
IV. Periuk belanga yang digunakan dalam majlis kenduri itu telah saya cuci.
A.   I dan II
B.   II dan III
C.  III dan IV
D. I dan IV

Soalan 29 dan 30. Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

29. Sebaik sahaja sampai di rumah, makanan telah terhidang. Encik Nazri memang  ________.       
A.  langkah kanan
B.  silap langkah
C.  langkah bendul
D. langkah seribu

30. Natasya sangat gembira kerana dia mendapat hadiah sesuatu yang memang diidamkan selama ini, bak kata pepatah _________.
A. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.
B. Pungguk rindukan bulan
C.  Umpama rusa masuk kampung
D. Bagai bulan jatuh ke riba.

Soalan 31 hingga 35. Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan yang berikutnya.

Hujan lebat baru reda, namun nyanyiannya masih kedengaran di cucur atap. Kadir duduk meringkuk memeluk lututnya. Malam yang dingin itu bagai menggigit-gigit kulit dan tulangnya. Dalam cahaya pelita yang samar-samar itu, Kadir memerhatikan deretan adik-adiknya, Fikri, Azam dan Esah yang telah lama dibuai mimpi. Tiba-tiba hatinya sayu memikirkan hal mereka. “Andai sesuatu terjadi kepada ayah, bagaimanalah nasib kita, dik?” bisik hatinya.

“Sudahlah Kadir, pergi kamu tidur, esok nak ke sekolah,” pintas Mak Leha memutuskan lamunan Kadir.

“Ke mana ayah pergi, mak? Dah tengah malam tak balik-balik. Bahaya ke hutan seorang diri,” tanya Kadir kepada ibunya. “Entahlah, agaknya kerana hujan lebat, dia berteduh di mana-mana. Sekejap lagi pulanglah dia. Pergilah tidur, biar mak saja yang tunggu,” kata Mak Leha sambil menyembunyikan kerisauannya yang semakin memuncak.

“Kadir tak mahu tidur selagi ayah tak balik. Mak, Kadir tahu sejak akhir-akhir ini, ayah bekerja keras untuk mengumpulkan duit persekolahan kami adik-beradik. Kasihan ayah, kurus kering badannya. Kadir nak bekerja ayah tak izinkan. Petang tadi Kadir nak mengikut ayah mencari rotan pun ayah tak izinkan,” ujar Kadir lagi.

“Kadir, kamu masih bersekolah. Tanggungjawab kamu belajar bersungguhsungguh. Tambahan pula, kamu akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Ayah kamu tidak mahu pelajaran kamu terjejas kerana menolongnya.

Sebagai anak sulung, tunjukkan contoh yang terbaik untuk adik-adik kamu. Hidup kita susah,” tutur Mak Esah lagi. Tiba-tiba terdengar bunyi pintu diketuk orang. Kadir melompat bangun untuk membuka pintu. Di atas tangga terdampar seorang lelaki yang berlumuran darah. Kedua-dua beranak itu tergamam seketika sebelum menerpa orang yang mereka kasihi.

“Ayah, apa yang berlaku?” Kadir meraung melihat keadaan ayahnya.
”Ayah diserang harimau di hutan tadi. Bawa ayah naik, ayah dah tak berdaya ni,” Pak Yop terketar-ketar menahan kesakitan.

31 Apakah yang sedang difikir oleh Kadir pada malam itu?
A Nasib adik-adiknya             
B Keselamatan ayahnya
C Kemiskinan keluarganya     
D Peperiksaan yang bakal menjelang

32 Ke manakah perginya Pak Yop?
A Mencari rotan di hutan        
B Memburu haiwan di hutan
C Mencari akar kayu di hutan 
D Memasang perangkap di hutan

33 Berapa orangkah adik beradik Kadir?
A Dua orang                           
B Tiga orang
C Empat orang                        
D Lima orang  

34 Mengapakah badan Pak Yop kurus kering?
A Dia bekerja keras    
B Dia ada penyakit
C Hatinya selalu risau 
D Sering tidur lewat malam

35 Rangkai kata tunjukkan contoh yang terbaik kepada adik-adik kamu dalam petikan di atas merujuk kepada
A Kadir rajin membantu ayahnya mencari rezeki.
B Kadir mendengar nasihat ibunya.
C Kadir berbudi bahasa dengan adik-adiknya.
D Kadir berjaya dalam peperiksaan SPM.


Soalan 36 hingga 40. Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan yang berikutnya.

Tarikh : 21 Januari 2015
Masa : 9.00 pagi

Aku dan rakan-rakanku dari Persatuan Bahasa Melayu berkumpul di tapak perhimpunan. Kami diberi taklimat oleh Puan Rubiah yang merupakan ketua rombongan. Bas yang kami sewa bertolak ke Ladang Kambing Kampung Kepayang 30 minit kemudian.

Masa : 10.30 pagi
Encik Nizam, pengurus ladang menyambut kedatangan kami. Kami diberi taklimat dan diperkenalkan dengan para petugas di ladang tersebut. Kami mendapati ladang itu sangat luas dengan pelbagai tanaman di samping projek utamanya iaitu penternakan kambing.

Masa : 10.50 pagi
Kami dibawa melawat ladang kambing. Kambing-kambing di ladang itu terdiri daripada baka tempatan, baka import dan baka kacukan. Ada kambing yang diternak untuk mendapatkan susu dan ada juga untuk mendapatkan dagingnya. Kami diberi peluang untuk memberi kambing-kambing itu makan. Bagi yang berani diberi peluang memerah susu kambing secara manual.

Masa : 11.50 pagi
Kami dibawa pula ke pusat penyembelihan. Di situ kami melihat cara-cara kambing disembelih dan dilapah. Daging kambing yang sudah diproses dijual terus kepada pembekal dan ada juga yang disejukbekukan. Beberapa orang guru mengambil kesempatan membeli daging kambing sejuk beku yang dijual dengan harga istimewa.

Masa : 1.30 tengah hari
Kami dihidangkan dengan jamuan tengah hari. Sajian pada hari itu ialah kambing panggang dan susu kambing. Barulah kami tahu betapa enaknya daging dan susu kambing. Sebelum pulang kami diberi buah tangan berupa sebotol susu kambing. 

36. Puan Rubiah ialah ......
A. Guru Besar.
B. Guru Penasihat.
C. Guru Penolong Kanan.
D. Guru Disiplin sekolah.

37. Pukul berapakah mereka bertolak ke Ladang Kambing kampung kepayang?
A. 9.00 pagi.
B. 9.30 pagi.
C. 9.45 pagi.
D. 10.00 pagi.

38.       Kambing apakah yang tidak terdapat di ladang tersebut?

A. Kambing gurun
B. Kambing kacukan
C. Kambing tempatan.
D. Kambing luar negara.

39.       Perkataan dilapah dalam petikan bermaksud....
A. Disembelih.
B. Dihiris
C. Dipotong
D. Dikuliti .

40. Pernyataan di bawah salah kecuali
A. Para peserta diberi taklimat sebanyak dua kali.
B. Ladang penternakan kambing tersebut terletak di tepi sekolah mereka.
C. Semua peserta rombongan membeli daging sejuk beku yang dijual dengan harga murah.
D. Para peserta rombongan diberi peluang untuk menyembelih, melapah dan memerah susu            kambing.




------Soalan tamat -----

No comments:

Post a Comment