Saturday 7 March 2015

Ujian Pengesanan 1, 011 Pemahaman Tahun 6 (UPSR 2014)


011 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN
UJIAN PENGESANAN1

NAMA _____________________________

TAHUN _____________

Soalan 1 hingga 18
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Menurut Saufi, kemalangan itu berlaku ketika ______ dan Kamarul sedang menunggu bas.
A  dia                           B.  saya
C  kami                        D  mereka

2. "Silakan masuk, _______ akan berangkat tiba di balai penghadapan sebentar lagi," kata pengawal istana kepada para pembesar.
A          beta                  B  patik
C          baginda            D         tuan hamba     

3. Ruang tamu rumah Cikgu Noraini sentiasa ______ dengan bau jambangan bunga mawar.
A         kemas              B          indah
C          selesa             D         semerbak

4. Fauzi berasa ______ apabila mendengar berita kejayaan sahabatnya.
A         ceria                 B          bangga
C          bahagia                        D         tenang

5. Setelah sekian lama merantau, Johari terkejut apabila melihat kampungnya sudah menjadi taman perumahan yang ______ dengan penduduk.
A         maju                B          banyak
C          kurang             D         padat 
  
 









6. Anak kecil itu bermain di _______ ibunya yang sedang melipat pakaian.
A         antara               B          samping
C          belakang          D         tengah

7. Pasukan bola tampar sekolah kami terpaksa bermain berhempas-pulas agar _______ hasrat untuk menjadi juara.
A         berjaya             B          berhasil
C          tercapai           D         terjulang

8. Hamizi dan Taufik sedang melihat jadual pertyandingan bola baling yang dipamerkan pada ______ di sekolahnya.
A         papan lapis                  B          papan iklan
C          papan tanda                 D         papan kenyataan













9. Abang menggunakan _______ pahat untuk mengukir permukaan kayu di bengkelnya.
A         sebilah                         B          selaras
C          sebuah                        D         sebatang

10. Kawan-kawan tidak lagi ______ kebolehan Fatimah yang telah berjaya menjuarai Pertandingan Syarahan Peringkat Daerah.
A         berkecil-kecil               B          kecil-mengecil
C          berkecil-kecilan          D         memperkecil-kecilkan

11. Hamdan bekerja sebagai pembantu kedai ______ keputusan peperiksaan SPM diumumkan.
A         sehingga                       B          sekiranya
C          seandainya                   D         selagi

12. Kita perlulah mengamalkan _____ yang baik apabila berada dalam sesuatu majlis.
A         tatacara                        B          tatakerja
C          tatasusila                     D         tatabahasa

13. Orang ramai _____ supaya menghulurkan derma kepada mangsa gempa bumi di negara jiran.
A         dihebah                         B          didesak
C          diarah                          C          diseru

14. Negara kita _____ menghadapi gangguan jerebu lagi pada tahun ini.
A         patut                            B          sedang
C          pernah                         D         mungkin

15. "Budaya membaca patut dipupuk ______ zaman kanak-kanak lagi," kata Puan Najwa kepada Puan Rogayah.
A         di                                 B          dari
C          kepada                         D         hingga

16. Sekumpulan pelancong ______ ketika masuk ke kawasan hutan simpan itu.    
A         sesat barat                    B          simpang siur
C          silap langkah                D         pontang-panting

17. Seseorang pekerja yang bertangungjawab dan melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya tanpa _________.
A         kelam-kabut                 B          lambat-laun
C          dolak-dalik                  D         gundah-gulana

18. Najihah _______ untuk menjadi ketua murid yang berwibawa.
A         ada akal                        B          ada gaya
C          ada rupa                      D         ada angin

19. Amin pulang ke kampung untuk menjengah neneknya yang sudah lama tidak ditemui.
Pilih perkataan seerti bagi menjengah.
A         menghubungi               B          mengunjungi
C          menjumpai                 D         memerhati

20. Encik Razali dan keluarganya akan berhijrah ke Sarawak pada bulan depan.
Pilih perkataan berlawan bagi berhijrah.
A         menetap                        B          merantau
C          mendiami                     D         mengembara

Soalan 21 dan 22.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

21. I     Pendapat yang diberikan oleh Rajan sungguh teguh.
II   Walaupun kepenatan, Suraya tetap teguh berlari ke garisan penamat.
III Ekonomi yang teguh menjamin kesejahteraan rakyat sesebuah negara.
IV Aziah mempunyai pendirian yang teguh untuk menghadapi strategi pihak lawan.
A  I dan II                         B          II dan III
C   III dan IV                     D         I dan IV

22.       I           Musim kemarau membuatkan air sungai itu menjadi cetek.
II   Kemarahan Suzana terhadap kawannya Misha mulai cetek.
III Penyertaan orang ramai dalam pesta sukan itu mendapat sambutan yang cetek.
IV Dahlia tidak dapat menjawab soalan itu kerana pengetahuanya masih lagi cetek.
A  I dan II                         B         I dan III
C   III dan IV                    D         I dan IV


23. Pilih ayat tanya yang sesuai
Kepulangan kami disambut dengan gembira oleh datuk disebabkan sudah lama tidak bersua.
A.   Apakah yang dilakukan oleh datuk setelah kamu sekeluarga tiba?
B.   Bagaimanakah keadaan kamu sekeluarga  ketika disambut oleh datuk?
C.   Siapakah yang sudah lama tidak menyambut  kepulangan kamu sekeluarga?
D.   Mengapakah datuk begitu ceria ketika  menyambut kedatangan kamu sekeluarga?

24. Pilih jawapan yang sesuai.
Berapa orangkah yang ada di pusat penempatan mangsa banjir ini?
A. 350 orang mangsa banjir akan ditempatkan di  pusat ini.
B   kira-kira 350 orang mangsa banjir akan berada di pusat ini.
C.  Sehingga semalam, terdapat 350 orang  mangsa banjir di pusat ini.
D. Pusat penempatan mangsa banjir ini boleh  menampung 350 orang.

Soalan 25 dan 26. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

25. "Belajarlah rajin-rajin supaya kamu lulus dengan cemerlang dalam UPSR," kata Cikgu Aini kepada  Yusri.
A. Yusri dinasihati oleh Cikgu Aini supaya tekun agar lulus dengan cemerlang dalam UPSR.
B. Cikgu Aini menasihati Yusri supaya tekun belajar untuk memperoleh keputusan yang         cemerlang.
C. Nasihat Cikgu Aini kepada Yusri agar belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang.
D.Cikgu Aini menyuruh Yusri belajar   bersungguh-sungguh setelah lulus dengan cemerlang dalam UPSR.

26. Rancangan untuk mengadakan lawatan sambil belajar telah dipersetujui sebulat suara oleh     murid-murid Tahun 6 Bestari.
A.   Lawatan sambil belajar dengan persetujuan  murid-murid Tahun 6 Bestari telah diadakan.
B.   Murid-murid Tahun 6 Bestari telah sepakat  untuk merancang lawatan sambil belajar.
C.   Keputusan murid-murid Tahun 6 Bestari  untuk mengadakan lawatan sambil belajar telah disepakati.
D.   Mereka telah bersetuju untuk mengadakan lawatan sambil belajar bagi murid-murid Tahun 6 Bestari.

Soalan 27 dan 28. Pilih ayat yang betul.

27. A. Adik membilang gula-gula itu satu demi satu.
B. Janganlah kamu bersedih di atas peristiwa semalam.
C. Kain selendang ibu diperbuat dari benang sutera.
D. Berita tentang kejohanan sukan itu disiarkan sampai pagi tadi.

28. I. Sebagai penyambut tetamu di dalam majlis itu,dia perlu datang awal.
II. Pembaca berita itu melaporkan bahawa hujan akan turun pada petang ini.
III. Nakhoda itu mengemudikan kapalnya dengan  bantuan tiga orang anak kapal.
IV. Sebelum kemerdekaan, banyak pejuang berkorban supaya mempertahankan negara.
A.   I dan II
B.   II dan III
C.    III dan IV

D. I dan IV

Soalan 29 dan 30. Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

29. Pembantu rumah Puan Nadia bekerja ________   sehingga semua kerja rumah dapat disiapkan dengan cepat.
A. Seperti kerbau dicucuk hidung
B. Seperti pahat dengan penukul
C. Seperti murai tercabut ekor
D. Seperti lipas kudung

30. Perangai budak itu saling tidak tumpah seperti ayahnya, bak kata pepatah _________.
A. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya
B. Umpama cincin dengan permata
C. Bagai pelanduk dua serupa
D. Seperti pinang dibelah dua

Soalan 31 hingga 35. Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan yang berikutnya.

Laporan Aktiviti Gotong-Royong Kelab Sains Sekolah Kebangsaan Seri Permai

Anggota Kelab Sains Sekolah Kebangsaan Seri Permai seramai 30 orang beserta 3 orang guru penasihat telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan taman sains. Aktiviti ini berlangsung pada 20 April 2013 bermula pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Tujuan gotong-royong diadakan adalah untuk menceriakan taman ini semula di samping mengisi aktiviti Kelab Sains. Melalui cara ini, setiap anggota dapat melaksanakan tanggungjawab terhadap kelab dan memainkan peranan sebagai individu yang mementingkan alam sekitar. Sebelum bermulanya aktiviti, semua anggota diberikan taklimat dan dibahagikan kepada enam kumpulan oleh guru penasihat.

Kumpulan satu diberikan tugas membersihkan kolam ikan. Kumoulan dua dan tiga membersihkan tapak kebun serta menanam dan melabel tanaman herba seperti pokok misai kucing, cekur, hempedu bumi, lidah buaya dan pegaga. Kumpulan empat menanam pokok-pokok bunga di sekitar kawasan kolam ikan dengan lanskap yang menarik. Kumpulan lima membersihkan sangkar burung dan mengecat papan tanda yang terdapat di situ. Kumpulan enam pula menyediakan, mengemas dan menyimpan peralatan yang telah digunakan. Mereka melaksanakan tugas itu dengan penuh tanggungjawab.

Keceriaan Taman Sains Sekolah Kebangsaan Seri Permai mendapat pujian daripada Guru Besar. Beliau bangga atas kerjasama yang diberikan. Anggota kelab disaranan agar terus menjaga taman tersebut untuk mengekalkan keindahannya. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dan berharap agar aktiviti idi dijadikan aktiviti tahunan.

Laporan disediakan oleh                                  11 APRIL 2013

     syazwani
(SYAZWANI BT SULAIMAN)
Setiausaha Kelab Sains
Sekolah Kebangsaan Seri Permai

31. Siapakah yang memberikan taklimat kepada semua petugas?
A. Setiausaha kelab
B. Guru Besar
C. Anggota kelab
D. Guru penasihat

32. Bilakah aktiviti gotong-royong selesai dijalankan?
A. Menjelang waktu tengah hari.
B. Selepas menyimpan peralatan.
C. Ketika Guru Besar memberikan pujian.
D. Setelah berpuas hati dengan tugas mereka.

33. Kumpulan tiga diberikan tanggungjawab untuk
A. Membersihkan tapak kolam ikan.
B. Menanam dan melabel tanaman herba.
C. Mengemas dan menyimpan alatan yang   digunakan.
D. Membersihkan kebun, menanam dan melabel tanaman.

34. Tujuan utama gotong-royong diadakan adalah
A. Melaksanakan  tanggungjawab sebagai angota kelab.
B. Menjadikan taman itu bersih dan cantik  semula.
C. Mementingkan keseimbangan alam.
D. Mengisi progran Kelab Sains.

35. Rangkai kata mengekalkan keindahan dalam   petikan bermaksud
A. Menjaga kebersihan
B. Memelihara keceriaan
C. Melindungi kecantikan
D. Menghargai kehidupan

Soalan 36 hingga 40. Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan yang berikutnya.


Sejak kecil hingga dewasa,
Ayah dan ibu sungguh berjasa,
Mendidik mengasuh sepanjang masa,
Kasih dan sayang harum sentiasa.

Bertarung nyawa ibu melahirkan,
Ayah bekerja untuk membesarkan,
Segala pintamu mereka tunaikan,
Susah dan payah tidak dihiraukan.

Setelah dewasa usahkah takbur,
Pangkat dan harta pasti akan lebur,
Kasih sayangmu menjadi kabur,
Pahala dan dosa di bawa ke kubur.

Janganlah nanti lupa daratan,
Tidak mengenal kaca dan intan,
Berbakti ketika ada kesempatan,
Pesan mereka jadikan ingatan.

Ayah dan ibu harus diutamakan,
Jangan mereka disia-siakan,
Hati mereka jangan lukakan,
Anak yang baik mereka idamkan.

36. Pengorbanan ibu yang paling utama ialah
A. Mendidik kita hingga dewasa.
B. Menunaikan segala permintaan kita.
C. Mengasihi dan menyayangi kita setiap ketika.
D. Mempertaruhkan nyawa ketika melahirkan  kita.

 37. Tanggungjawab utama seorang ayah ialah
A. Mencari nafkah untuk kehidupan.
B. Memenuhi permintaan setiap anak.
C. Sanggup menanggung segala keperitan.
D. Sentiasa memberikan pesanan berguna.

38.  Jangan nanti lupa daratan,
Tidak mengenal kaca dan intan,

Maksud baris puisi di atas ialah
A. Memuliakan ibu bapa.
B. Mengenang jasa ibu bapa.
C. Menghargai pesanan ibu bapa.
D. Memberikan wang kepada ibu bapa.

39. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang syair.
A. Kehendak ibu bapa mestilah ditunaikan.
B. Setiap anak mestilah berbakti kepada ibu bapa.
C. Ibu dan bapa menginginkan anak mereka berpangkat dan berharta.
D. Prihatin kepada semua nasihat ibu bapa.

40. Rangkai kata harum sentiasa dalam syair  bermaksud
A. Telah disemai.
B. Tetap bernilai.
C. Terus berkekalan.
D. Pasti dimuliakan.



No comments:

Post a Comment