Saturday 7 March 2015

Ujian Pengesanan 1 012 Penulisan Tahun 6

UJIAN PENGESANAN 1 TAHUN 6 

012 BAHASA MELAYU PENULISAN

BAHAGIAN A (10 markah)

Gambar di bawah menunjukkan aktiviti penduduk kampung di sebatang sungai. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti tersebut.




 BAHAGIAN B (30 markah)

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1.                  Tulis sebuah cerita yang bermula dengan ayat di bawah.

Ketika bermain di taman, aku ternampak seorang kanak-kanak terjatuh dari buaian. Aku .......

ATAU

2.                  Sekolah kamu mempunyai perpustakaan.

Tulis kebaikan-kebaikan menggunakan perpustakaan.

ATAU

3.                  Kamu menerima sepucuk surat daripada seorang rakan yang ingin mengetahui tempat-tempat        menarik di tempat kamu tinggal.

Tulis sepucuk surat kepadanya untuk menceritakan tempat-tempat menarik yang terdapat di tempat   kamu.

BAHAGIAN C (20 markah)

Tulis lima nilai yang kamu peroleh daripada petikan surat di bawah. Berikan contoh yang sesuai berdasarkan petikan tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.



Tuan,

Aduan Kerosakan Jalan

Merujuk kepada perkara di atas, saya selaku wakil penduduk Kampung Nuri ingin membuat aduan tentang kerosakan jalan di kampung kami. Untuk pengetahuan tuan, kerosakan yang berlaku telah menimbulkan kesulitan yang banyak kepada para penduduk.

2.         Kerosakan jalan ini disebabkan oleh lori yang mengunakan laluan berkenaan bagi mengangkut pasir setiap hari. Kesannya, jalan raya di kampung ini berlubang-lubang dan amat berbahaya kepada penduduk. Tambahan pula sikap pemandunya yang yang memandu laju memburukkan lagi keadaan. Hal ini telah menyebabkan berlakunya kemalangan dan pernah meragut nyawa penduduk kampung ini.

3. Pihak kami telah cuba menangani masalah ini dengan mengadakan aktiviti gotong-royong untuk membaiki jalan itu. Namun begitu, jalan tersebut rosak semula ketika musim hujan. Kami telah meletakkan papan tanda sebagai usaha bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berulang.

4. Oleh hal yang demikian, kami amat berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan segera bagi membaik pulih jalan kampung ini. Perhatian daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

No comments:

Post a Comment