ARAHAN : Jawab semua soalan.
Tanda jawapan kamu dengan menghitamkan
satu jawapan yang betul.
Soalan 1 hingga 20: Isi
tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai
1. Kami sekeluarga menonton rancangan ______________
untuk mendapatkan maklumat dan
hal ehwal
semasa.
A. iklan
B. berita
C. hiburan
D. jenaka
2. Pakaian
______________ sekolah dijual dengan harga RM30.00 sepasang.
A. ragam
B. beragam
C. seragam
D. meragam
Soalan 3 berdasarkan gambar 1
Gambar
1
3. __________ boleh hidup sehingga ratusan tahun lamanya.
A. Rangkak-rangkak
B. Penyu-penyu
C. Kura-kura
D. Haiwan
Soalan 4 dan 5 berdasarkan gambar 2
Gambar
2
4. Affandi mengail menggunakan sebatang _____________.
A. joran
B. buluh
C. pemukat
D. tali
tangsi
5. Dia memancing
di atas sebuah ___________.
A. rakit
B. kapal
C. sampan
D. bahtera
Soalan 6 dan 7 berdasarkan gambar 3
Gambar 3
6. Encik Chong
menyambut perayaan ___________________ bersama keluarganya.
A. Vasakhi
B. Awal
Muharram
C. Tahun
Baru Cina
D. Pesta Kaamatan
7. Puan Chong dan
anaknya Ling memakai baju __________.
A. congsam
B. kebaya
C. kemeja
D. jubah
Soalan 8 dan 10 berdasarkan gambar 4
Gambar 4
8. Rumah datuk
___________ di ________ kebun sayur miliknya.
A. tepat-tepat
................... tengah-tengah
B. tepi-tepi
.................. atas-atas
C. tengah-tengah
................ betul-betul
D. betul-betul
............ tengah-tengah
9. Datuk
memasang se________ dawai kawat untuk memagari kawasan kebunnya
daripada
dicerobohi oleh haiwan perosak.
A. utas
B. gulung
C. gelung
D. bersih
Soalan 10 berdasarkan gambar 5
Gambar 5
10. Disebabkan
kepenatan, Khairul ___________ di atas ______.
A. terlelap
.................. sofa
B. tertiarap
................. bangku
C. terlantar
................. bantal
D. terlena
.................... kerusi
Soalan 11 hingga 13 berdasarkan gambar 6
Gambar
6
11. Iman dan Umar menolong ayahnya mengumpulkan
buah durian yang hendak dijual di _________ mereka.
A. dusun
B. kandang
C. halaman
D. ladang
12. Mereka
mengumpulkan buah-buah durian itu di hadapan sebuah _________.
A. rumah
B. dangau
C. kandang
D. reban
13. Pak Razman
sangat gembira kerana anak-anaknya _____________.
A. reput tulang
B. putih tulang
C. berat tulang
D. ringan tulang
Soalan 14 hingga 15 berdasarkan gambar 7
Gambar 7
13. Para
pembesar istana mengikat ________________ di kepala mereka.
A. kain
B. serban
C. tengkolok
D. songkok
15. Raja
Indera Mahkota berjalan di ______________ sekali. ______________ diiringi oleh
para pembesar.
A. tengah ................... dia
B. hadapan ............... beliau
C. depan .................... baginda
D. jauh
........................ mereka
Soalan 16
hingga 17 berdasarkan gambar 8
16. Peribahasa yang sesuai untuk gambar di
atas.
A. Anak
ayam kehilangan ibu.
B. Bagai
aur dengan tebing.
C. Gajah
sama gajah bertarung, pelanduk mati di tengah-tengah.
D. Bagai
enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
17. Rubendran
membawa se _____________ kayu api.
A. ikat
B. sikat
C. pemeluk
D. puntung
Soalan 18 berdasarkan gambar 10
Gambar
10
18. Para pejalan kaki sepatutnya menggunakan
__________ untuk melintasi jalan raya.
A. titi
B. jejantas
C. jambatan
D. tangga
Soalan 19 berdasarkan gambar 11
Gambar
11
19. Puan Norasmah duduk ____________ sambil
menganyam ketupat.
A. bersila
B. berlunjur
C. bertimpuh
D. bertenggong
Soalan 20. Pilih perkataan berlawan bagi perkataan bergaris.
20. Kami
sangat gembira apabila diumumkan memenangi tempat pertama pertandingan
kelas terbersih.
A.
johan
B. kalah
C. menang
D. tercorot
Soalan 21 dan 22. Pilih perkataan seerti bagi perkataan bergaris.
21. Karipap yang dimasak oleh ibu sangat
enak.
A. epok-epok
B. gado-gado
C. jemput-jemput
22. Pelanggaran yang melibatkan
dua buah kapal tangki di Teluk Andaman telah menyebabkan tumpahan minyak.
A. pergaduhan
B. perkelahian
C. kemalangan
D. kecemasan
Soalan 23. Pilih soalan yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
23. Ya, betul.
A. Buku
kamukah yang berwarna biru muda ini?
B. Siapa
yang membenarkan kamu membawa buku ini?
C. Mengapakah
kamu meninggalkan buku ini di sini?
D. Dimanakah
kamu meletakkan buku saya tadi?
Soalan 24. berdasarkan gambar 12.
Pilih jawapan yang sesuai bagi soalan yang
diberikan.
24. A. Terima
kasih kerana memberikan saya surat ini.
B. Dia
sudah berpindah ke Pulau Pinang sebulan yang lalu.
C. Surat
ini dikirimkan oleh anaknya yang tinggal di Sarawak.
Soalan 25 dan 26. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.
25. Rama-rama dan kupu-kupu boleh dibezakan
berdasarkan kedudukan sayapnya.
A.
Rerama dan kekupu mempunyai
sayap.
B.
Sayang rama-rama dan kupu-kupu
tidak sama.
C. Rama-rama mempunyai sayap
yang berbeza daripada kupu-kupu.
D. Untuk membezakan antara
rerama dan kekupu, perhatikan kedudukan
sayapnya.
Soalan 26 berdasarkan gambar 13
Gambar
13
26. A. Azlin
menerima ucapan tahniah daripada Encik Bakar.
B.
Encik Bakar memuji dirinya
semasa menyampaikan hadiah itu kepada Azlin.
C. Azlin
memuji Encik Bakar kerana memenangi tempat pertama dalam
pertandingan pidato.
D. Azlin bertepuk tangan kerana telah menerima hadiah daripada Encik Bakar.
Soalan 27 dan 28. Pilih ayat yang betul.
27. I. Di
namakah harga ikan bawal sekilo?.
II. Goreng
pisang dan jejemput enak dimakan panas-panas.
III. Nenek
ketawa mendengar adik bongsu saya bercakap telor.
IV. Kelas
kami sempit macam sardin ikan dalam tin.
A. I dan III
sahaja.
B. II dan III sahaja.
C. I, II dan III sahaja.
D. III dan IV sahaja
28. I. Pak
Brahim menyabit rumput dengan menggunakan sebilah gunting.
II. Abah
memasang pepara di bilik air untuk meletakkan ubat gigi.
III. Kakak
membaca peraturan sebelum mengisi teka silang kata itu.
IV. Seekor ibu ayam berkokok menandakan hari sudah siang.
A. I sahaja
B. II dan III sahaja
C. I, III dan IV sahaja
D. II dan IV sahaja
Soalan 29 dan 30. Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris yang
betul.
29. I. Kuda-kuda
di dalam zoo itu jinak-jinak belaka.
II. Dua
ekor kuda-kuda
belang lari apabila dikejar oleh seekor singa.
III. Kayu
kuda-kuda
di rumah saya reput kerana di makan anai-anai.
IV. Wak
Parjo mengajar Ramlee, Ajis dan Sudin memasang kuda-kuda sebelum
bersilat.
A. I dan II
sahaja
B. II dan III sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. I, II, III
dan IV.
30. I. Saya
sudah jelas bayaran buku itu.
II. Kami
mesti mengisi borang itu dengan jelas.
III. Datuk
memakai cermin mata agar penglihatannya jelas.
IV. Kami
tidak faham apa yang dikatakan pelancong itu kerana percakapannya tidak jelas.
A. I sahaja
B. II sahaja
C. III dan Iv sahaja
D. II, III
dan IV sahaja
Bulan merupakan satu objek bebola yang beredar mengelilingi bumi. Setiap
planet dalam sistem suria, kecuali Planet Utarid dan Planet Zuhrah mempunyai
bulan masing-masing. Apa yang menarik ialah setiap planet mempunyai saiz bulan
yang berbeza. Bulan bumi adalah antara bulan yang terbesar. Saiznya hampir satu
perempat saiz bumi. Jarak bumi dengan bulan kira-kira 384,000 kilometer.
Sebenarnya bulan tidak mengeluarkan cahaya sendiri. Cahaya yang kita lihat
ialah cahaya matahari yang dipantulkan oleh bulan.
Bentuk bulan sentiasa berubah-ubah dari satu fasa ke satu fasa kerana peredarannya yang mengelilingi bumi.
Fasa pertama bermula dengan anak bulan, diikuti bulan sabit, bulan separa
dan bulan purnama.
Jarak peredaran bulan dari bumi juga berbeza-beza pada masa-masa tertentu.
Keadaan inilah yang mempengaruhi pasang surutnya air laut di bumi. Pasang surut
air laut berlaku kerana kombinasi daya tarikan bulan dan matahari. Apabila
bulan berada hampir dengan bumi, air laut akan pasang, manakala apabila bulan
berada jauh dari bumi berlakulah fenomena air laut surut. Untuk mengelilingi
bumi, bulan mengambil masa selam 28 hari. Ini sangat bertepatan dengan bilangan
sebulan dalam perkiraan kalendar hijrah.
31. Apakah yang mengelilingi bumi?
A. Zuhrah
B. Utarid
C. Bulan
D. Matahari
32. Bagaimanakah bumi disinari cahaya pada
waktu malam?
A. Bulan mempunyai cahayanya
sendiri.
B. Bulan memantulkan cahaya
daripada matahari.
C. Cahaya
matahari yang memancar disimpan pada waktu malam.
D. Kombinasi
antara bulan dan matahari memancarkan
cahaya pada waktu
malam.
33. Maksud perkataan separa
dalam petikan membawa maksud……
A. separuh
B. penuh
C. suku
D. semua
34. Jika anak bulan muncul pada 10 Februari,
berapa hari bulankah anak bulan seterusnya
akan muncul?
A.
10 Mac
B.
28 Mac
C.
30 Mac
D.
25 Februari
35. Pernyataan di bawah adalah benar tentang
petikan kecuali.
A. Matahari
dan bulan mempunyai kaitan antara satu sama lain.
B. Semua
planet dalam sistem suria mempunyai bulan tersendiri.
C. Setiap
malam air laut akan menjadi pasang dan surut.
D. Bulan
tidak mempunyai cahaya sendiri.
Soalan 36 hingga 40. Baca pengumuman di bawah ini, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya.
|
Satu lawatan ke Rantau Abang
akan diadakan pada 21 Ogos 2010, jam 12.00 malam untuk melihat penyu bertelur.
Hanya 50 orang pelawat dari hotel ini yang berpeluang menyertai lawatan ini.
Sesiapa yang berminat, sila mendaftar di kaunter menyambut tetamu.
Oleh sebab lawatan diadakan
pada awal pagi, pelawat-pelawat diingatkan bahawa cuaca di pantai pada ketika
itu adalah sejuk. Mereka yang menghidapi penyakit lelah atau alah terhadap
cuaca sejuk tidak digalakkan menyertai lawatan ini. Pelawat juga tidak
dibenarkan membuat bising atau mengambil gambar. Hal ini kerana perbuatan
tersebut akan mengganggu penyu yang hendak bertelur.
Setiap peserta yang berminat
akan dikenakan bayaran sebanyak RM 20.00 seorang.
“Jauh Perjalanan Luas Pengetahuan, Siapa Cepat Dia Dapat”
Sekian, terima kasih,
Johan Steven
(JOHAN STEVEN ABDULLAH)
Pegawai Perhubungan Awam,
Hotel Seri Terengganu.
36 Apakah program yang dianjurkan oleh hotel
tersebut?
A Melihat pantai Rantau Abang
B Mengutip telur penyu di Rantau
Abang
C Melihat
penyu bertelur di Rantau Abang
D Melihat penyu mendarat di Rantau
Abang
37 Mengapakah pelawat yang tidak sihat tidak
digalakkan untuk menyertai program itu?
A Ditakuti
akan mengalami masalah kesihatan
B Ditakuti tidak tahan terhadap
cuaca sejuk
C Ditakuti menjadi lebih sakit
D Ditakuti tidak dapat berehat di
situ
38 Siapakah penganjur lawatan itu?
A Hotel Seri Terengganu
B Hotel-hotel di Terengganu
C Hotel-hotel di Rantau Abang
D Pegawai Perhubungan Awam Hotel Seri
Terengganu
39 Apakah
cara yang paling sesuai digunakan oleh pelancong untuk mengabadikan
pengalaman mereka melihat penyu
bertelur?
A Dengan mengambil gambar menggunakan
kamera
B Dengan mengambil gambar menggunakan kamera
video
C Dengan membeli gambar-gambar penyu
bertelur
D Dengan menghampiri penyu yang sedang
bertelur
40 Yang berikut ialah sebab-sebab berlakunya
kepupusan penyu, kecuali
A habitatnya
telah diganggu.
B telurnya sering diambil oleh manusia.
C haiwan ini telah berpindah ke negara
yang lain.
D nelayan kerap membunuhnya kerana penyu
telah merosakkan pukat mereka.
No comments:
Post a Comment