Monday 23 March 2015

Ujian 5, 012 Penulisan UPSR



UJIAN 5, 012 PENULISAN UPSR

BAHAGIAN A 
 Masa dicadangkan 15 minit    
 ( 10 markah )



Gambar di bawah menunjukkan suasana di sebuah taman rekriasi.

Tulis lima ayat lengkap berdasarkan gambar di bawah.




 













BAHAGIAN B

( masa dicadangkan : 40 minit) 
( 30 Markah )



Pilih salah satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.



1.            Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Jiran saya”.


2.            Kamu tidak hadir ke sekolah kerana mengunjungi datuk kamu yang sait di kampung. 
            Tulis sepucuk surat kepada Guru Besar untuk memaklumkan tentang hal tersebut.


3.            Bersarapan banyak faedahnya kepada kesihatan. 
            Tulis sebuah karangan tentang faedah bersarapan.




BAHAGIAN C
 ( masa dicadangkan 20 minit )
( 20 markah )



Tulis 5 amalan baik yang terdapat dalam petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak kuang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.



 Gurmit, Kamal, Azle dan Chuah merupakan sahabat karib. Mereka tinggal di kawasan perumahan yang sama. Bersekolah di sekolah yang sama dan belajar dalam kelas yang sama. Mereka juga mempunyai hobi yang sama. Di sekolah, Azle dan Gurmit memegang jawatan Pengawas Pusat Sumber, manakala Kamal dan Chuah pula Pengawas Makmal Bestari.

Mereka terkenal sebagai murid yang bertanggungjawab. Tugasan yang diberikan akan dibuat dengan cermat dan kemas. Mereka sering berlajar berkumpulan. Jadi, tidak hairanlah jika mereka berempat sering bersaing mendapat tempat pertama dalam kelas. Namun begitu mereka tidak sombong. Mereka akan membantu murid-murid lain yang memerlukan tunjuk ajar.

Selain daripada itu, mereka juga mewakili pasukan kompang sekolah. Mereka tidak pernah ponteng latihan. Mereka akan sampai di tempat latihan tepat pada masanya. Sikap mereka menjadi buah mulut semua guru dan murid-murid. Tidak hairanlah jika mereka dianugerahkan sebagai murid cemerlang.




Friday 20 March 2015

Kata Adjektif Bau

Kata adjektif bau

Apa-apa yang dapat dicium dengan hidung, seperti wangi dan busuk:
Terdapat dua jenis bau iaitu bau yang menyenangkan dan bau yang tidak menyenangkan.

aroma
Bau yang menyedapkan daripada rempah, pokok, dan sebagainya
bangar
Bau busuk seperti longkang dan lain-lain
bacin
Bau busuk seperti bau ikan busuk dan sebagainya
bakit
Bau kuat yang keluar daripada makanan.
busuk
Buruk atau rosak dan mengeluarkan bau yang tidak sedap
Bau yang tidak menyenangkan
cengis
Berbau busuk seperti hangit serta masam
engas
Berbau busuk.
ganda
Bau yang harum, bau-bauan yang harum.
haring
Bau air kencing, hancing.
hancing
Bau air kencing, haring
hangit
Bau benda seperti kain terbakar dan sebainya
hamis
busuk seperti bau kambing , bau lembu, daging, peluh
hangit-pengit
berbau terlalu hangit
hanyir
Bau seperti bau ikan basah, telur itik, benda berlendir dan sebagainya
hapak
berbau busuk (tidak sedap) kerana sudah lapuk, tersimpan lama
harum
Bau yang sedap, enak, wangi:
kohong
berbau busuk seperti bangkai, telur busuk, dan lain-lain
lantung
Bau busuk yang keras, sangat busuk
langu
Bau atau rasa yg tidak sedap  (bau mulut kerana makan sesuatu)
medak
Bau ikan yang busuk (tetapi belum kuat benar); / kahang bau ikan yang terlalu busuk.
mahing
Bau yang sangat busuk.
maung
Bau atau rasa yang memualkan. (benda pahit)
medak kahang
Bau ikan yg terlalu busuk.
meringin
Wangi.
narwastu
Bau-bauan yang harum (diperbuat daripada akar wangi):
pahang
Bau yang tidak menyenangkan
pedar
Bau minyak kepala yang disimpan lama, tengik.
pengap
Bau yang tidak menyenangkan kerana udara tidak beredar dengan baik (bilik  dan sebagainya)
pengit
berbau terlalu hangit
pering
Bau minyak kepala yang disimpan lama, tengik.
pesing
Bau kencing, hancing, pering.
sanan
Bau yang  busuk (badan pemanjat kelapa).
sangar
Bau bawang.
sengir
Bau seperti kulit limau atau mangga
sengit
Hangit
serbak
Bau harum yang menyerbak, merebak ke serata
tengik
Bau minyak kelapa yg sudah lama disimpan, pering
wangi
Bau-bauan yang menyebangkan, harum
tempaus
Bau-bauan seperti rokok dan lain-lain
Rujukan : Kamus Dewan

Sunday 15 March 2015

Ujian 4 : 012 Penulisan Bahasa Melayu UPSR

UJIAN 4 : 012 PENULISAN UPSR

Bahagian A 
[Masa yang dicadangkan : 15 minit] / 
[10 markah]

1.    Gambar menunjukkan aktiviti sukan di sebuah sekolah. Tulis lima ayat lengkap tentang gambar di bawah.



















































      10



Bahagian B 
 [Masa yang dicadangkan : 40 minit] 
 [30 markah]

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.


1.    Kamu telah mengikuti keluarga kamu ke sebuah majlis rumah terbuka sempena hari raya. Perihalkan suasana sambutan majlis hari terbuka itu selengkapnya.

ATAU


2.    Kamu akan menyambut hari lahir tidak lama lagi dan kamu berhasrat untuk menjemput rakan kamu menghadiri majlis hari lahir tersebut.

Tuliskan sepucuk surat kepada rakan kamu untuk menjemputnya hadir ke majlis tersebut.

ATAU

3.    Bersarapan sangat penting dalam kehidupan manusia kerana bersarapan banyak kebaikannya.

Tulis sebuah karangan tentang kebaikan bersarapan dalam kalangan murid-murid.


BAHAGIAN B
  Nombor Soalan






























































































































      30


Bahagian C 
 [Masa yang dicadangkan : 20 minit] 
 [20 markah]

Tulis lima nilai murni yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.



           Zali hanya terbaring di katil hospital kerana terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Kemalangan itu disebabkan oleh kesalahannya sendiri. Dia cuai ketika menunggang basikal. Penunggang motorsikal yang melanggarnya telah cuba mengelak, tetapi tidak berjaya kerana Zali menungang basikal secara berbahaya.
        Dengan bantuan daripada beberapa orang awam, Zali dihantar ke hospital. Di hospital, Zali dirawat oleh seorang doktor. Menurut doktor tersebut Zali perlu ditahan beberapa hari di hospital kerana tangannya patah. Jururawat mengingatkan Zali agar kurang bergerak agar tangannya cepat sembuh. Zali akur dengan saranan tersebut. Malah dia memakan ubat yang diberi mengikut jadual.
       Puan Sarimah dan Encik Azwar meminta maaf kepada penunggang motorsikal tersebut. Mereka mengakui kesalahan anak mereka Zali dan berjanji akan membayar ganti rugi kerosakan motorsikal tersebut. Pemuda itu mengangguk sebagai tanda berterima kasih. Dia memaafkan Zali dan berharap agar Zali lebih berwaspada pada masa akan datang.
       Pada hari minggu rakan-rakan sekelas Zali datang melawat dengan membawa buah tangan. Zafwan menghadiahkan sebuah novel kepada Zali. Buku itu dibacanya sementara pada waktu lapang sementara menunggu sembuh. 






  Nombor Soalan
































































      20