Sunday, 31 May 2015

Ujian 6 : 011 Pemahaman

ARAHAN AM: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. bagi setiap soalan, pilih satu jawapan yang paling tepat.

Soalan 1 hingga Soalan 19
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Baginda telah berkenan untuk ________ duli dalam majlis santapan di raja bersempena dengan
     sambutan Hari Guru.
    A. mencemar                       B. bersantap
    C. bertitah                           D. mengembara

2. Murid-murid Tahun Enam Bestari sedang berbincang __________ kerja masa cuti yang
     ________ diberikan oleh guru mereka.
   A. akan ……. sedang          B. dalam …… akan
   C. tentang ….. telah             D. terhadap …. telah

3. “Sementara kita beristirahat, biar ________ meninjau kawasan ini,” kata Panglima Sunan lalu
     meninggalkan rakan-rakannya.
    A. beta                                B. hamba
    C. patik                               D. tuan hamba

4. Khairul Ikram menyelamatkan budak perempuan yang hampir ______ itu dengan menariknya ke
    tepi sungai.
   A. lelah                                 B. letih
   C. lemas                               D. lembik

5 Encik Badri __________ anaknya, Izwan kerana terlibat dalam kes ponteng sekolah.
   A. memarah                          B. memarahi
   C. dimarahi                          D. kemarahan










Soalan 6 berdasarkan Gambar 1

6. Puan Waheeda ___________ kelapa untuk dimasak pengat.
   A. mengikis                          B. menyagat
   C. memerah                          D. mengeruk

7. __________ persiapan majlis perkahwinan kakak telah diuruskan dengan sempurna oleh bapa.
   A. Segelintir                         B. Separuh
   C. Sekalian                           D. Segala

8. Penolong Kanan Pentadbiran memberikan taklimat dengan __________ tentang prestasi
    akademik murid-murid tahun enam kepada ibu bapa.
   A. panjang akal                    B. panjang lidah
   C. panjang lebar                   D. panjang tangan












Soalan 9 berdasarkan gambar 2

9. Cef itu menggunakan berapa __________ halia untuk menyedapkan lagi masakannya.
   A. kaki                                 B. hiris
   C. kuntum                            D. bungkus











Soalan 10 dan 11 berdasarkan Gambar 3

10. Fatimah __________ emaknya semasa melintasi jalan di hadapan pasar besar itu.
     A. ekor                               B. mengekori
     C. ekorkan                          D. mengekorkan

11. Fatimah dan ibunya _______ bakul dan beg plastik yang berisi ikan dan syur-sayuran.
     A. mengheret                     B. menjunjung
     C. mengelek                       D. menjinjing

12. “__________ cantik sekali pemandangan di sepanjang Sungai Kinta pada waktu malam,” kata
      Shantya kepada rakan-rakannya.
     A. Sungguh                        B. Tercantik
     C. Benar                             D. Nian

13. Zakwan berasa __________ kerana terlalu banyak makan makanan yang bercampur dengan
      lada hitam.
    A. panas                              B. pedas
    C. pijar                                D. pedar


14. Puan Zurina meminta saya menutup pintu keretanya __________ agar pintu kereta tersebut
      tidak rosak.
     A. baik-baik                       B. jaga-jaga
     C. rapat-rapat                     D. diam-diam

15. Jantung Aina __________ semasa menunggu keputusan pertandingan pidato peringkat negeri
     yang akan diumumkan oleh juruacara majlis.
    A. berdetik-detik                B. bergerak-gerak
    C. berdegap-degup             D. berdenyut-denyut


Soalan 16 berdasarkan gambar 4

16. Puan Syahindah duduk __________ sambil menganyam ketupat.
     A. bersimpuh                      B. bertelut
     C. berlunjur                        D. bersila














Soalan 17 dan 18 berdasarkan Gambar 5

17. Mak Lijah __________ bawang terlebih dahulu sebelum memasukkan sayur ke dalam
      masakannya.
     A. menumis                        B. memasak
     C. menggoreng                   D. menggaring

18. __________ masakan Mak Lijah sangat menyelerakan.
     A. Haruman                       B. Bauan
     C. Wangian                        D. Aroma

Soalan 19
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

19. Peniaga itu sedang menghitung keuntungan yang diperolehnya pada hari itu.
      A. mengira                                    B. menyemak
      C. memeriksa                    D. mengumpul

Soalan 20
Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.

20. Shamila ialah murid yang pintar dan dia selalu mendapat markah yang tinggi dalam ujian.
     A. cerdik                            B. malas
     C. dungu                            D. culas

21.  Pemuda yang dibebaskan dari penjara itu berazam akan memulakan penghidupan baru tanpa
       menoleh sejarah silamnya.
       Pilih peribahasa yang sesuai bagi ayat di atas.
     A. Beri betis hendak peha
     B. Belum duduk sudah berlunjur
     C. Bumi mana tidak ditimpa hujan
     D. Buang yang keruh ambil yang jernih


Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.
22. Cikgu Zambri bertanya kepada Amirul, “Sudahkah kamu siapkan kerja sekolah yang saya
      berikan semalam?”
     A. Sudah tentu saya akan menyiapkannya.
     B. Sudah, saya sudah menyiapkannya semalam.
     C. Ya, saya belum dapat menyiapkan kerja sekolah itu.
     D. Kerja sekolah yang cikgu berikan semalam amat mudah.

Soalan 23
Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.
23. Kertas dan tin ialah barangan yang boleh dikitar semula.
     A. Benarkah kertas dan tin dapat dikitar semula?
     B. Mengapakah kertas dan tin perlu dikitar semula?
     C. Apakah contoh barangan yang dapat dikitar semula?
     D. Bagaimanakah cara untuk mengitar semula kertas dan tin?

Soalan 24 dan Soalan 25
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
24 I Fikiran Pak Jamal kacau apabila mengenangkan kemiskinan keluarganya.
     II Dia pulang dari pekan dengan tangan kacau.
     III Rumah itu kacau sekali setelah dimasuki pencuri.
     IV Kumpulan samseng yang sering berbuat kacau itu sudah ditangkap polis.
    A.  I dan IV sahaja
    B.  II dan IV sahaja
    C.  I, II dan III sahaja
    D.  I, III dan IV sahaja


25 I. Ashikin telah luput pen kesayangan ayahnya.
    II. Makanan yang dibeli oleh Yusof telah luput tarikhnya.
    III  Pengalaman melancong ke Turki tidak pernah luput daripada ingatannya.
    IV  Sampah sarap itu telah luput daripada pandangan setelah kerja-kerja pembersihan
         dijalankan oleh pekerja Majlis Perbandaran Taiping.
    A. I dan II sahaja
    B. II dan IV sahaja
    C. I, II dan III sahaja
    D. II, III dan IV sahaja


Soalan 26 dan Soalan 27
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

26. Jabatan Hidupan Liar mula memburu gajah-gajah yang sering merosakkan tanaman dan
      mengganggu kehidupan penduduk Kampung Gajah.
A.    Jabatan Gajah Liar mula memburu gajah-gajah yang merosakkan tanaman dan mengganggu 
kehidupan penduduk Kampung Gajah.
     B. Gajah-gajah yang telah merosakkan tanaman penduduk Kampung Gajah telah diburu oleh
          Jabatan Hidupan Liar.
     C. Gajah-gajah itu sering merosakkan tanaman dan mengganggu kehidupan penduduk Kampung
          Gajah serta Jabatan Hidupan Liar.
     D. Gajah-gajah yang telah merosakkan tanaman dan mengganggu kehidupan penduduk  
          Kampung Gajah telah diburu oleh Jabatan Hidupan Liar.

27.  “Kalian mestilah menghormati orang yang lebih tua,” kata Puan Hawa kepada anak-anak
        muridnya.
        A.  Puan Hawa menasihati orang tua supaya menghormati anak-anak muridnya.
        B.  Anak-anak murid Puan Hawa mesti menghormati orang yang lebih tua daripadanya.
        C.  Puan Hawa menasihati anak-anaknya agar menghormati orang yang lebih tua daripada kita.
        D.  Puan Hawa menasihati anak-anak muridnya supaya menghormati orang yang lebih tua  
              daripada  mereka.


Soalan 28 berdasarkan Gambar 6

28. A. Aduhai, sakit sungguh perut saya ini!
      B. Cis, tidak sanggup rasanya saya untuk makan ubat ini!
      C. Syabas, kamu berjaya meningkatkan prestasi dalam pelajaran!
      D. Ya, inilah rancangan televisyen yang sudah lama kunanti-nantikan!

Soalan 29 dan Soalan 30
Pilih ayat-ayat yang betul.

29.  A. Beburung itu beterbangan di udara.
       B. Di hari minggu kami bersenam di Padang Sultan Sulaiman.
       C. Jalan raya di Bandaraya Ipoh bisu pada hari perayaan.
       D. Sampah-sarap itu dikutip oleh murid-murid sebaik sahaja tamat aktiviti.

30.  A. Baju melayu ialah baju kebangsaan negara Malaysia.
       B. Ramai pekerja-pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen telah diberkas.
       C. Pak Cik Sahak memangkas pepohon rimbun itu menggunakan sebilah kapak.
       D. Bunga raya merupakan bunga yang terpaling amat cantik sekali di dunia.

  
Soalan 31 hingga 35.
Baca petikan di bawah dan jawab soalan berikutnya.

MUHAMMAD BIN HAJI SALLEH hanya mula dikenali umum di tanah air sebagai penulis pada akhir tahun 1960-an meskipun beliau sebenarnya telah menulis lebih awal lagi.  Beliau banyak menghabiskan usianya di luar negara dan mula menulis puisi yang kebanyakannya dalam bahasa Inggeris.  Apabila kembali ke tanah air, puisi-puisi beliau mendapat perhatian para pengkritik.

Beliau mula menulis semenjak di Maktab Perguruan Tanah Melayu di Brinsford Lodge, England, pada tahun 1963.  Oleh sebab latar belakang persekolahannya dalam bahasa dan kesusasteraan Melayu dan Inggeris, maka beliau menulis dalam kedua-dua bahasa itu.  Sajak-sajaknya dalam bahasa Inggeris banyak dipengaruhi oleh T.S. Eliot dan W.H. Auden yang diminatinya pada waktu itu.

Muhammad dilahirkan pada 26 Mac 1942 di Taiping, Perak Darul Ridzuan. Beliau mendapat pendidikan awal di High School Bukit Mertajam dan Maktab Melayu Kuala Kangsar.  Kemudian melanjutkan pelajarannya ke Malayan Teachers College, Brinsford Lodge, England.  Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera di Universiti Malaya (Singapura), ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Malaya dalam tahun 1970 dan ijazah Ph.D. dari Universiti Michigan, Amerika Syarikat dalam tahun 1973.  Dalam tahun 1977, beliau pernah dilantik sebagai Profesor Tamu di bawah rancangan Fulbright-Hays dan mengajar di North Carolina State University, Raleigh, Amerika Syarikat.


Ketokohan Muhammad dalam dunia penulisan puisi Melayu moden begitu dirasakan oleh para peminat sastera tanah air apabila karya-karyanya, terutamanya puisi, mendapat perhatian bukan sahaja oleh Panel Hadiah Karya Sastera tanah air bahkan setelah beliau memenangi “Hadiah Sastera Asean” di Jakarta.  Sejak tahun 1971, beberapa buah puisinya telah memenangi Hadiah Karya Sastera dan kemudiannya dalam tahun 1977, Muhammad menerima Hadiah Sastera Asean bahagian puisi dengan kumpulan puisi beliau Perjalanan Si Tenggang II.

Puisi-puisinya selalu dihubungkan dengan intelektualisme, idea dan pemikiran yang cukup serius.  Muhammad melihat kehidupan dengan sikap intelektual seorang pencari dan pemikir.  Sebagai seorang penyair yang rajin bereksperimen dan mencari bentuk-bentuk baru yang lebih kuat, Muhammad sejak akhir-akhir ini banyak menghasilkan puisi yang didasarkan daripada buku Sejarah Melayu.  Puisi-puisi tersebut dapat diikuti dalam bukunya Sajak-sajak dari Sejarah Melayu yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1981. Muhammad telah terpilih menjadi Sasterawan Negara dalam tahun 1991; dan menerima anugerah S.E.A. Write Awards di Bangkok dalam tahun 1997.

  
31. Muhammad Haji Salleh ialah
A.    Penulis puisi
B.     Penulis sejarah
C.     Penulis drama
D.    Penulis kamus

32. Sejak bilakah Muhammad Haji Salleh dikenali sebagai seorang penulis?
A.    Pada tahun1960-an
B.     Sejak berada di luar Negara
C.     Apabila menulis puisi Bahasa Inggeris
D.    Apabila beliau kembali ke tanah air.

33. Siapakah T S Eliot dan W H Auden?
A.    Dekan Fakulti
B.     Pengarah Institut
C.     Penyajak
D.    Pengetua maktab

34. Tahun berapakah penulis dinobatkan sebagai Sasterawan Negara?
A.    1997
B.     1991
C.     1973
D.    1942

35. Rangkai kata kembali ke tanah air bermaksud
A.    pulang untuk minum air
B.     balik semula ke Malaysia
C.     pergi ke luar Negara
D.    tidak ke mana-mana

 Soalan 36 hingga 40

Baca surat kiriman di bawah dan jawab soalan berikutnya

12A, Kampung Merawan Indah,
31300 Simpang Pulai,
Perak
___________________________________________________________________________

Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru,
Sekolah Kebangsaan Anjung Rahmat,
31300 Simpang Pulai                                                                                          7 April 2015

Tuan,

Terima Kasih Kerana Memberikan Bantuan Persekolahan

Merujuk kepada perkara di atas, saya Kamarulzaman Bin Marzuki dari tahun 6 Taqwa merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak tuan kerana telah memberikan bantuan persekolahan kepada saya.

2. Bantuan persekolahan berjumlah RM300.00 yang diberikan dalam satu majlis pada minggu lalu amat besar ertinya untuk saya seisi keluarga. Kami amat teruja menerima bantuan tersebut, apatah lagi saya telah kehilangan tempat bergantung dan hanya tinggal bersama ibu dan dua orang adik.

3. Wang bantuan yang disumbangkan itu akan digunakan untuk membeli keperluan persekolahan untuk saya dan adik-adik. Di samping itu saya akan membeli buku-buku rujukan kerana saya akan menduduki UPSR pada tahun ini.

4. Sekali lagi, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak PIBG yang telah memberikan bantuan persekolahan kepada saya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar
 kamarulzamn
( KAMARULZAMAN BIN MARZUKI  )

  
36. Apakah tujuan penulis menulis surat tersebut?
A.    Memohon bantuan kewangan.
B.     Bertanya khabar kepada PIBG.
C.     Menceritakan tentang penggunaan wang.
D.    Berterima kasih kerana menyumbangkan wang.

37. Bagaimanakah cara wang tersebut digunakan oleh Kamarulzaman?
A.    Membayar yuran peperiksaan UPSR.
B.     Membeli keperluan harian ibu dan keluarganya.
C.     Membeli alat tulis dan keperluan pendidikan.
D.    Menyerahkan semuanya kepada ibu.

38. Pada pendapat kamu, bilakah Kamarulzaman menerima bantuan tersebut?
A.    1 April 2015
B.     1 April 2014
C.     14 April 2015
D.    7 Mac 2015

39. Perkataan teruja dalam petikan bermaksud
A.    bersedih hati
B.     tidak selesa
C.     berduka cita
D.    sangat gembira

40. Pilih pernyataan yang tidak benar berdasarkan petikan.
A.    Kamarulzaman berusia 12 tahun.
B.     Ibu Kamarulzaman berstatus ibu tunggal.
C.     PIBG akan memberikan bantuan pada minggu hadapan.
D.    Kamarulzaman terdiri daripada empat orang ahli keluarga.




 ----------SOALAN TAMAT--------------


No comments:

Post a Comment