011
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN
UJIAN
PENGESANAN1
NAMA
_____________________________
TAHUN
_____________
Soalan
1 hingga 18
Isi
tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Menurut Saufi, kemalangan itu berlaku ketika ______
dan Kamarul sedang menunggu bas.
A dia B.
saya
C kami D
mereka
2. "Silakan masuk, _______ akan berangkat tiba di
balai penghadapan sebentar lagi," kata pengawal istana kepada para
pembesar.
A beta B
patik
C baginda D tuan
hamba
3. Ruang tamu rumah Cikgu Noraini sentiasa ______
dengan bau jambangan bunga mawar.
A kemas B indah
C selesa D semerbak
4. Fauzi berasa ______ apabila mendengar berita
kejayaan sahabatnya.
A ceria B bangga
C bahagia D tenang
5. Setelah sekian lama merantau, Johari terkejut
apabila melihat kampungnya sudah menjadi taman perumahan yang ______ dengan
penduduk.
A maju B banyak
C kurang D padat
6. Anak kecil itu bermain di _______ ibunya yang sedang
melipat pakaian.
A antara B samping
C belakang D tengah
7. Pasukan bola tampar sekolah kami terpaksa bermain
berhempas-pulas agar _______ hasrat untuk menjadi juara.
A berjaya B berhasil
C tercapai D terjulang
8. Hamizi dan Taufik sedang melihat jadual
pertyandingan bola baling yang dipamerkan pada ______ di sekolahnya.
A papan lapis B papan iklan
C papan tanda D papan kenyataan
9. Abang menggunakan _______ pahat untuk mengukir permukaan kayu di bengkelnya.
A sebilah B selaras
C sebuah D sebatang
10. Kawan-kawan tidak lagi ______ kebolehan
Fatimah yang telah berjaya menjuarai Pertandingan Syarahan Peringkat Daerah.
A berkecil-kecil B kecil-mengecil
C berkecil-kecilan D memperkecil-kecilkan
11. Hamdan bekerja sebagai pembantu kedai ______
keputusan peperiksaan SPM diumumkan.
A sehingga B sekiranya
C seandainya D selagi
12. Kita perlulah mengamalkan _____ yang baik
apabila berada dalam sesuatu majlis.
A tatacara B tatakerja
C tatasusila D tatabahasa
13. Orang ramai _____ supaya menghulurkan derma
kepada mangsa gempa bumi di negara jiran.
A dihebah B didesak
C diarah C diseru
14. Negara kita _____ menghadapi gangguan jerebu
lagi pada tahun ini.
A patut B sedang
C pernah D mungkin
15. "Budaya membaca patut dipupuk ______
zaman kanak-kanak lagi," kata Puan Najwa kepada Puan Rogayah.
A di B dari
C kepada D hingga
16.
Sekumpulan pelancong ______ ketika masuk ke kawasan hutan simpan itu.
A sesat barat B simpang siur
C silap langkah D pontang-panting
17. Seseorang pekerja yang bertangungjawab dan
melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya tanpa _________.
A kelam-kabut B lambat-laun
C dolak-dalik D gundah-gulana
18. Najihah _______ untuk menjadi ketua murid
yang berwibawa.
A ada akal B ada
gaya
C ada rupa D ada
angin
19. Amin pulang ke kampung untuk menjengah
neneknya yang sudah lama tidak ditemui.
Pilih
perkataan seerti bagi menjengah.
A menghubungi B mengunjungi
C menjumpai D memerhati
20. Encik Razali dan keluarganya akan berhijrah
ke Sarawak pada bulan depan.
Pilih
perkataan berlawan bagi berhijrah.
A menetap B merantau
C mendiami D mengembara
Soalan
21 dan 22.
Pilih
ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
21. I Pendapat
yang diberikan oleh Rajan sungguh teguh.
II Walaupun
kepenatan, Suraya tetap teguh berlari ke garisan penamat.
III Ekonomi
yang teguh menjamin kesejahteraan rakyat sesebuah negara.
IV Aziah
mempunyai pendirian yang teguh untuk menghadapi strategi pihak
lawan.
A I dan II B II
dan III
C III dan IV D I dan IV
22. I Musim kemarau membuatkan air sungai
itu menjadi cetek.
II Kemarahan
Suzana terhadap kawannya Misha mulai cetek.
III Penyertaan
orang ramai dalam pesta sukan itu mendapat sambutan yang cetek.
IV Dahlia tidak
dapat menjawab soalan itu kerana pengetahuanya masih
lagi cetek.
A I dan II B I
dan III
C III dan IV D I dan IV
23. Pilih ayat tanya yang sesuai
Kepulangan kami disambut dengan gembira oleh datuk disebabkan sudah lama tidak
bersua.
A.
Apakah yang dilakukan oleh datuk setelah kamu sekeluarga
tiba?
B.
Bagaimanakah keadaan kamu sekeluarga ketika
disambut oleh datuk?
C.
Siapakah yang sudah lama tidak menyambut kepulangan kamu
sekeluarga?
D.
Mengapakah datuk begitu ceria ketika menyambut
kedatangan kamu sekeluarga?
24. Pilih jawapan yang sesuai.
Berapa orangkah yang ada di pusat penempatan mangsa banjir ini?
A. 350 orang
mangsa banjir akan ditempatkan di pusat ini.
B kira-kira
350 orang mangsa banjir akan berada di pusat ini.
C. Sehingga
semalam, terdapat 350 orang mangsa
banjir di pusat ini.
D. Pusat
penempatan mangsa banjir ini boleh menampung
350 orang.
Soalan
25 dan 26. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
25. "Belajarlah rajin-rajin supaya kamu
lulus dengan cemerlang dalam UPSR,"
kata Cikgu Aini kepada Yusri.
A. Yusri dinasihati oleh Cikgu Aini supaya tekun agar
lulus dengan cemerlang dalam UPSR.
B. Cikgu Aini menasihati Yusri supaya tekun belajar untuk memperoleh keputusan
yang cemerlang.
C. Nasihat Cikgu Aini kepada Yusri agar belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang.
C. Nasihat Cikgu Aini kepada Yusri agar belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang.
D.Cikgu
Aini menyuruh Yusri belajar bersungguh-sungguh setelah lulus
dengan cemerlang
dalam UPSR.
26. Rancangan untuk mengadakan lawatan sambil belajar telah dipersetujui sebulat suara
oleh murid-murid Tahun 6 Bestari.
A.
Lawatan sambil belajar dengan persetujuan murid-murid
Tahun 6 Bestari telah diadakan.
B.
Murid-murid Tahun 6 Bestari telah sepakat untuk merancang
lawatan sambil belajar.
C.
Keputusan murid-murid Tahun 6 Bestari untuk
mengadakan lawatan sambil belajar telah
disepakati.
D.
Mereka telah bersetuju untuk mengadakan lawatan sambil
belajar bagi murid-murid Tahun
6 Bestari.
Soalan
27 dan 28. Pilih ayat yang betul.
27. A. Adik
membilang gula-gula itu satu demi satu.
B. Janganlah
kamu bersedih di atas peristiwa semalam.
C. Kain
selendang ibu diperbuat dari benang sutera.
D. Berita
tentang kejohanan sukan itu disiarkan sampai pagi tadi.
28. I. Sebagai penyambut tetamu di dalam majlis
itu,dia
perlu datang awal.
II. Pembaca berita itu melaporkan bahawa hujan akan
turun pada petang ini.
III. Nakhoda itu mengemudikan kapalnya dengan bantuan
tiga orang anak kapal.
IV. Sebelum kemerdekaan, banyak pejuang berkorban supaya mempertahankan
negara.
A.
I dan II
B.
II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
C. III dan IV
D. I dan IV
Soalan
29 dan 30. Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
29. Pembantu rumah Puan Nadia bekerja ________ sehingga semua kerja rumah dapat disiapkan dengan cepat.
A. Seperti kerbau dicucuk hidung
B. Seperti pahat dengan penukul
C. Seperti murai tercabut ekor
D. Seperti lipas kudung
30. Perangai budak itu saling tidak tumpah
seperti ayahnya, bak kata pepatah
_________.
A. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya
B. Umpama cincin dengan permata
C. Bagai pelanduk dua serupa
D. Seperti pinang dibelah dua
Soalan
31 hingga 35. Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan yang berikutnya.
Laporan Aktiviti
Gotong-Royong Kelab Sains Sekolah Kebangsaan Seri Permai
Anggota
Kelab Sains Sekolah Kebangsaan Seri Permai seramai 30 orang beserta 3 orang
guru penasihat telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan taman
sains. Aktiviti ini berlangsung pada 20 April 2013 bermula pukul 8.00 pagi
hingga 12.00 tengah hari.
Tujuan
gotong-royong diadakan adalah untuk menceriakan taman ini semula di samping
mengisi aktiviti Kelab Sains. Melalui cara ini, setiap anggota dapat
melaksanakan tanggungjawab terhadap kelab dan memainkan peranan sebagai
individu yang mementingkan alam sekitar. Sebelum bermulanya aktiviti, semua
anggota diberikan taklimat dan dibahagikan kepada enam kumpulan oleh guru
penasihat.
Kumpulan
satu diberikan tugas membersihkan kolam ikan. Kumoulan dua dan tiga
membersihkan tapak kebun serta menanam dan melabel tanaman herba seperti pokok
misai kucing, cekur, hempedu bumi, lidah buaya dan pegaga. Kumpulan empat
menanam pokok-pokok bunga di sekitar kawasan kolam ikan dengan lanskap yang
menarik. Kumpulan lima membersihkan sangkar burung dan mengecat papan tanda yang
terdapat di situ. Kumpulan enam pula menyediakan, mengemas dan menyimpan
peralatan yang telah digunakan. Mereka melaksanakan tugas itu dengan penuh
tanggungjawab.
Keceriaan
Taman Sains Sekolah Kebangsaan Seri Permai mendapat pujian daripada Guru Besar.
Beliau bangga atas kerjasama yang diberikan. Anggota kelab disaranan agar terus
menjaga taman tersebut untuk mengekalkan keindahannya. Beliau
mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dan berharap agar aktiviti idi
dijadikan aktiviti tahunan.
Laporan disediakan oleh 11 APRIL 2013
syazwani
(SYAZWANI BT SULAIMAN)
Setiausaha Kelab Sains
Sekolah Kebangsaan Seri
Permai
31. Siapakah yang memberikan taklimat kepada
semua petugas?
A. Setiausaha kelab
B. Guru Besar
C. Anggota kelab
D. Guru penasihat
32. Bilakah aktiviti gotong-royong selesai
dijalankan?
A. Menjelang waktu tengah hari.
B. Selepas menyimpan peralatan.
C. Ketika Guru Besar memberikan pujian.
D. Setelah berpuas hati dengan tugas mereka.
33. Kumpulan tiga diberikan tanggungjawab untuk
A. Membersihkan tapak kolam ikan.
B. Menanam dan melabel tanaman herba.
C. Mengemas dan menyimpan alatan yang digunakan.
D. Membersihkan kebun, menanam dan melabel tanaman.
34. Tujuan utama gotong-royong diadakan adalah
A. Melaksanakan
tanggungjawab sebagai angota kelab.
B. Menjadikan taman itu bersih dan cantik semula.
C. Mementingkan keseimbangan alam.
D. Mengisi progran Kelab Sains.
35. Rangkai kata mengekalkan keindahan
dalam petikan bermaksud
A. Menjaga kebersihan
B. Memelihara keceriaan
C. Melindungi kecantikan
D. Menghargai kehidupan
Soalan
36 hingga 40. Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan yang berikutnya.
Sejak kecil hingga dewasa,
Ayah dan ibu sungguh berjasa,
Mendidik mengasuh sepanjang masa,
Kasih dan sayang harum sentiasa.
Bertarung nyawa ibu melahirkan,
Ayah bekerja untuk membesarkan,
Segala pintamu mereka tunaikan,
Susah dan payah tidak dihiraukan.
Setelah dewasa usahkah takbur,
Pangkat dan harta pasti akan lebur,
Kasih sayangmu menjadi kabur,
Pahala dan dosa di bawa ke kubur.
Janganlah nanti lupa daratan,
Tidak mengenal kaca dan intan,
Berbakti ketika ada kesempatan,
Pesan mereka jadikan ingatan.
Ayah dan ibu harus diutamakan,
Jangan mereka disia-siakan,
Hati mereka jangan lukakan,
Anak yang baik mereka idamkan.
36. Pengorbanan ibu yang paling utama ialah
A. Mendidik kita hingga dewasa.
B. Menunaikan segala permintaan kita.
C. Mengasihi dan menyayangi kita setiap ketika.
D. Mempertaruhkan nyawa ketika melahirkan kita.
37. Tanggungjawab utama seorang ayah ialah
A. Mencari nafkah untuk kehidupan.
B. Memenuhi permintaan setiap anak.
C. Sanggup menanggung segala keperitan.
D. Sentiasa memberikan pesanan berguna.
38. Jangan nanti lupa daratan,
Tidak mengenal kaca dan intan,
Maksud
baris puisi di atas ialah
A. Memuliakan ibu bapa.
B. Mengenang jasa ibu bapa.
C. Menghargai pesanan ibu bapa.
D. Memberikan wang kepada ibu bapa.
39. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang
syair.
A. Kehendak ibu bapa mestilah ditunaikan.
B. Setiap anak mestilah berbakti kepada ibu bapa.
C. Ibu dan bapa menginginkan anak mereka berpangkat dan berharta.
D. Prihatin kepada semua nasihat ibu bapa.
40. Rangkai kata harum sentiasa
dalam syair bermaksud
A. Telah disemai.
B. Tetap bernilai.
C. Terus berkekalan.
D. Pasti dimuliakan.
No comments:
Post a Comment