UJIAN 3
012 BAHASA MELAYU PENULISAN TAHUN 6
Bahagian A : 10
Markah ( Masa dicadangkan : 15 minit )
Gambar di bawah menunjukkan aktiviti sebuah keluarga di
ruang tamu.
Tulis 5 ayat lengkap tentang aktiviti-aktiviti tersebut.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bahagian B :
30Markah ( Masa dicadangkan : 40 minit )
Pilih salah satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis
sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
1.
Kamu telah berpindah
ke sebuah rumah baharu.
Gambarkan tentang
rumah baharu kamu tersebut.
2.
Tulis sebuah
cerita bermula dengan ayat di bawah.
Awal-awal pagi
lagi aku dan keluargaku bertolak ke pantai tersebut. Kami ........
3.
Sekolah kamu
telah mengadakan kejohanan olahraga tahunan.
Tulis sebuah
catatan tentang kejohanan tersebut.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bahagian C : 20
Markah ( Masa dicadangkan : 20 minit )
Tulis lima nilai yang terdapat dalam petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Johan dan keluarganya bercuti di sebuah taman tema air di
Ipoh. Mereka pergi bersama keluarga Pak Long dan Pak Lang. Sebelum ke sana
mereka bersarapan di rumah. Sarapan itu dimasak oleh ibu dan Mak Long. Mak Lang
pula menyediakan bekalan untuk dibawa ke taman tema air nanti.
Sebaik sahaja sampai di taman tema air tersebut, ayah dan Pak
Lang memakir kenderaan di tempat yang disediakan. Kenderaan tersebut dikunci.
Johan dan sepupu-sepupunya membawa barang-barang ke tempat yang telah
ditentukan. Mereka memilih sebuah kawasan yang berhampiran dengan kolam air
panas.
Ketika bermandi-manda, Johan sentiasa mengawasi adiknya
Farhan. Dia ingat akan pesanan ibunya agar mengawasi Farhan ketika berada di
sana. Sebelum pulang mereka mengumpulkan semula barang-barang yang dibawa. Sisa
makanan dan sampah dimasukkan ke dalam plastik dan dibuang ke dalam tong sampah
yang disediakan. Sebelum pulang Pak Lang mengajak mereka semua ke sebuah
restoran. Makan petang itu ditanggung oleh Pak Lang.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Disediakan oleh
( S.SAMPRIZAL B SELAMAT )
Latihan yang cikgu berikan sangat bermanfaat dan bagus.
ReplyDeleteNice
ReplyDelete