011 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN
TAHUN 6
UJIAN 3
NAMA
_____________________________
TAHUN
_____________
Soalan
1 hingga 17
Isi
tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 dan 2 berdasarkan gambar 1
1. Raja Mahmud memiliki sebuah _______ di Larut.
A rumah B.
istana
C tahta D
banglo
2. Permaisuri Ratna menemani Raja Mahmud di peraduan
kerana baginda ________.
A afiat B
bersantap
C gering D
beradu
|
3. Petang semalam Azmir makan dua _____ durian.
A longgok B butir
C ulas D pangsa
4. Berita _______ yang disampaikan oleh pemberita itu
membuatkan semua penonton bersedih.
A duka B ceria
C ngeri D malang
5. Kakak berjanji akan mengajak rakan ________
berkunjung je kampung pada cuti akan datang. ______
A rumah B serumah
C perumahan D perumah
6. Puan Rohaya hairan melihat pokok-pokok bunganya
_____ sedangkan telah disiram dan dibaja.
A letih B
lentok
C lemah D layu
7. Ahli pasukan ragbi sekolah kami berlatih _________
untuk memastikan hasrat menjadi juara tercapai.
A berbolak-balik B berhempas-pulas
C berbasa-basi D berliuk-lentok
8. Penduduk Taman Seri Mesra menulis ___________ kepada
majlis bandaran tentang masalah jalan berlubang.
A surat kiriman B surat penghargaan
C surat aduan D surat permohonan
9. Pemburu itu memetik ______ senapangnya untuk
melepaskan tembakan.
A laras B pucuk
C butang D picu
10. Bendera Jalur Gemilang ___________ ditiup
angin.
A kibar-kibar B kibar-kibaran
C berkibar-kibar D mengkibar-kibarkan
11. Najihah tetap mahu menghabiskan kerja
sekolahnya ________ hari sudah jauh malam.
A kendatipun B sekiranya
C seandainya D sehingga
12. Para pelanggan restoran memuji keenakan nasi
minyak yang dimasak oleh _______ itu.
A jurupangkas B jurutanak
C juruacara D jurubina
13. Guru Besar ____ kami belajar
bersungguh-sungguh kerana peperiksaan akan menjelang tidak berapa lagi.
A memaksa B melayan
C mendesak D menggesa
soalan 14 berdasarkan gambar 4
14. Pemain bola sepak yang cedera itu _________ ke luar padang.
A diusung B dipimpin
C dijulang D dijunjung
15. "Saya risau kerana ______ semalam anak
saya belum pulang," kata Encik Zaki kepada pegawai polis.
A sejak B pada
C daripada D hingga
16.
Mustafa singgah di ______ untuk membeli beberapa barang keperluan.
A Restoran Pak Wan
B Kedai Runcit Cempaka
C Poliklinik Simpang Pulai
D Balai Raya Taman Bersatu
17. Pasar raya itu dikunjungi oleh orang ramai
kerana sedang mengadakan jualan _____________.
A harga mati B harga tetap
C harga tunai D harga runtuh
18. Walaupun hanya anak angkat, Naimah dipelihara
dengan penuh kasih sayang oleh keluarga itu.
Peribahasa
yang sesuai untuk ayat di atas ialah ...
A Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
B Jauh panggang dari api
C Kerbau diberi pelana
D Bagai menatang minyak yang penuh
19. Banjir yang melanda negeri Kelantan menyebabkan kemusnahan
harta benda.
Pilih
perkataan seerti bagi banjir.
A bah B air
C hujan D ribut
20. Keuda-dua anak kembar Encik Chandran mempuyai
wajah yang seiras.
Pilih
perkataan berlawan bagi seiras.
A sepadan B semacam
C seumpama D berbeza
Soalan
21 dan 22.
Pilih
ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
21. I Semasa
lalu di sana, saya nampak kejadian yang mencemaskan
itu.
II Angelina
masuk ke bilik lalu tidur.
III Badannya
semakin kurus kerana dia tidak
lalu makan dan minum.
IV Posmen itu meninggalkan surat dalam kotak
surat di rumah saya kemudian lalu
pergi.
A I dan II B II
dan III
C II, III dan
IV D I, II dan III
22. I Perhimpunan pagi itu menjadi gempar
apabila seorang murid tiba-tiba pengsan.
II Suasana di
Syiria menjadi gempar apabila sebutir
bom meletup.
III Pemuda yang berbadan gempar itu ialah abang saya.
IV Masyarakat di pulau itu menjadi gempar apabila menemukan harta karun.
A I dan II B I
, II dan III
C I, IIdan IV D I I, III dan IV
23. Pilih ayat tanya yang sesuai Saya tidak dapat hadir kerana menziarahi nenek saya yang sakit di hospital.
A.
Siapakah yang sedang sakit dan dirawat di hospital?
B.
Mengapakah nenek kamu dirawat di hospital?
C.
Mengapakah kamu tidak hadir semalam?
D. Siapakah yang menziarahi nenek di hospital?
D. Siapakah yang menziarahi nenek di hospital?
24. Pilih jawapan yang sesuai.
Apakah kejadian yang menyebabkan penduduk kampung itu berada dalam ketakutan?
A.
Benar, penduduk kampung itu berada dalam ketakutan.
B.
Tidak, penduduk kampung itu tidak berada dalam ketakutan.
C. Keadaan itu telah menyebabkan penduduk kampung berada dalam ketakutan.
D. Penemuan tapak harimau menyebabkan penduduk kampung takut.
C. Keadaan itu telah menyebabkan penduduk kampung berada dalam ketakutan.
D. Penemuan tapak harimau menyebabkan penduduk kampung takut.
Soalan
25 dan 26. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
25. "Buat satu barisan, kemudian lakukan
regangan sebelum masuk ke padang," kata Encik Redho kepada pasukan ragbi.
A. Encik Redho diberikan taklimat untuk membuat barisan dan regangan
di padang ragbi.
B. Sebelum masuk ke padang Encik Redho menyuruh ahli pasukan ragbi
untuk membuat regangan dan satu
barisan.
C. Sebelum membuat regangan Encik Redho membuat satu barisan dan
bersedia masuk ke padang kepada pasukan ragbi.
D. Encik Redho berkata kepada pasukan ragbi agar membuat satu barisan dan regangan di padang.
D. Encik Redho berkata kepada pasukan ragbi agar membuat satu barisan dan regangan di padang.
26. Rumah ini dibeli oleh bapa saya setelah
menandatangani surat perjanjian.
A.
Surat perjanjian ditandatangai oleh bapa saya dalam rumah yang dibeli ini.
B.
Rumah yang baru dibeli ini ditandatangai oleh bapa saya.
C.
Bapa saya membeli rumah ini setelah menandatangai surat
perjanjian.
D.
Saya dan bapa menandatangai surat perjanjian rumah ini.
Soalan
27 dan 28. Pilih ayat yang betul.
27. A. Kamil
akan memulangkan buku itu semalam.
B. Ibu menanak
nasi ke dalam periuk.
C. Tanjak yang
dipakai oleh sultan itu dihiasi delima.
D. Suhaili
mempunyai banyak koleksi-koleksi lagu lama.
28. I. Mini telekung yang dipakainya itu dibeli
di luar negara.
II. Cili sos yang digunakan oleh tukang masak itu berjenama
Mak Siti.
III. Hakimi menolong ibunya membungkus keledek goreng.
IV. Periuk belanga yang digunakan dalam majlis kenduri
itu telah saya cuci.
A.
I dan II
B.
II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
C. III dan IV
D. I dan IV
Soalan
29 dan 30. Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
29. Sebaik sahaja sampai di rumah, makanan telah
terhidang. Encik Nazri memang ________.
A. langkah kanan
B. silap langkah
C. langkah
bendul
D. langkah seribu
D. langkah seribu
30. Natasya sangat gembira kerana dia mendapat
hadiah sesuatu yang memang diidamkan selama ini, bak kata pepatah _________.
A. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.
B. Pungguk rindukan bulan
C. Umpama rusa
masuk kampung
D. Bagai bulan
jatuh ke riba.
Soalan
31 hingga 35. Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan yang berikutnya.
Hujan lebat baru reda, namun nyanyiannya masih
kedengaran di cucur atap. Kadir duduk meringkuk memeluk lututnya. Malam yang
dingin itu bagai menggigit-gigit kulit dan tulangnya. Dalam cahaya pelita yang
samar-samar itu, Kadir memerhatikan deretan adik-adiknya, Fikri, Azam dan Esah
yang telah lama dibuai mimpi. Tiba-tiba hatinya sayu memikirkan hal mereka.
“Andai sesuatu terjadi kepada ayah, bagaimanalah nasib kita, dik?” bisik
hatinya.
“Sudahlah Kadir, pergi kamu tidur, esok nak ke
sekolah,” pintas Mak Leha memutuskan lamunan Kadir.
“Ke mana ayah pergi, mak? Dah tengah malam tak
balik-balik. Bahaya ke hutan seorang diri,” tanya Kadir kepada ibunya.
“Entahlah, agaknya kerana hujan lebat, dia berteduh di mana-mana. Sekejap lagi
pulanglah dia. Pergilah tidur, biar mak saja yang tunggu,” kata Mak Leha sambil
menyembunyikan kerisauannya yang semakin memuncak.
“Kadir tak mahu tidur selagi ayah tak balik. Mak,
Kadir tahu sejak akhir-akhir ini, ayah bekerja keras untuk mengumpulkan duit
persekolahan kami adik-beradik. Kasihan ayah, kurus kering badannya. Kadir nak
bekerja ayah tak izinkan. Petang tadi Kadir nak mengikut ayah mencari rotan pun
ayah tak izinkan,” ujar Kadir lagi.
“Kadir, kamu masih bersekolah. Tanggungjawab kamu
belajar bersungguhsungguh. Tambahan pula, kamu akan menduduki peperiksaan SPM
tahun ini. Ayah kamu tidak mahu pelajaran kamu terjejas kerana menolongnya.
Sebagai anak sulung, tunjukkan contoh yang
terbaik untuk adik-adik kamu. Hidup kita susah,” tutur Mak Esah lagi.
Tiba-tiba terdengar bunyi pintu diketuk orang. Kadir melompat bangun untuk
membuka pintu. Di atas tangga terdampar seorang lelaki yang berlumuran darah.
Kedua-dua beranak itu tergamam seketika sebelum menerpa orang yang mereka
kasihi.
“Ayah, apa yang berlaku?” Kadir meraung melihat
keadaan ayahnya.
”Ayah diserang harimau di
hutan tadi. Bawa ayah naik, ayah dah tak berdaya ni,” Pak Yop terketar-ketar
menahan kesakitan.
31 Apakah yang sedang
difikir oleh Kadir pada malam itu?
A Nasib adik-adiknya
B Keselamatan ayahnya
C Kemiskinan keluarganya
D Peperiksaan yang bakal
menjelang
32 Ke manakah perginya Pak
Yop?
A Mencari rotan di hutan
B Memburu haiwan di hutan
C Mencari akar kayu di hutan
D Memasang perangkap di
hutan
33 Berapa orangkah adik
beradik Kadir?
A Dua orang
B Tiga orang
C Empat orang
D Lima orang
34 Mengapakah badan Pak Yop
kurus kering?
A Dia bekerja keras
B Dia ada penyakit
C Hatinya selalu risau
D Sering tidur lewat malam
35 Rangkai kata tunjukkan
contoh yang terbaik kepada adik-adik kamu dalam petikan di atas merujuk
kepada
A Kadir rajin membantu
ayahnya mencari rezeki.
B Kadir mendengar nasihat
ibunya.
C Kadir berbudi bahasa
dengan adik-adiknya.
D Kadir berjaya dalam
peperiksaan SPM.
Soalan
36 hingga 40. Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan yang berikutnya.
Tarikh : 21 Januari 2015
Masa : 9.00 pagi
Aku dan rakan-rakanku dari
Persatuan Bahasa Melayu berkumpul di tapak perhimpunan. Kami diberi taklimat
oleh Puan Rubiah yang merupakan ketua rombongan. Bas yang kami sewa bertolak ke
Ladang Kambing Kampung Kepayang 30 minit kemudian.
Masa : 10.30 pagi
Encik Nizam, pengurus ladang
menyambut kedatangan kami. Kami diberi taklimat dan diperkenalkan dengan para
petugas di ladang tersebut. Kami mendapati ladang itu sangat luas dengan
pelbagai tanaman di samping projek utamanya iaitu penternakan kambing.
Masa : 10.50 pagi
Kami dibawa melawat ladang
kambing. Kambing-kambing di ladang itu terdiri daripada baka tempatan, baka
import dan baka kacukan. Ada kambing yang diternak untuk mendapatkan susu dan
ada juga untuk mendapatkan dagingnya. Kami diberi peluang untuk memberi
kambing-kambing itu makan. Bagi yang berani diberi peluang memerah susu kambing
secara manual.
Masa : 11.50 pagi
Kami dibawa pula ke pusat
penyembelihan. Di situ kami melihat cara-cara kambing disembelih dan dilapah.
Daging kambing yang sudah diproses dijual terus kepada pembekal dan ada juga yang
disejukbekukan. Beberapa orang guru mengambil kesempatan membeli daging kambing
sejuk beku yang dijual dengan harga istimewa.
Masa : 1.30 tengah hari
Kami dihidangkan dengan
jamuan tengah hari. Sajian pada hari itu ialah kambing panggang dan susu kambing.
Barulah kami tahu betapa enaknya daging dan susu kambing. Sebelum pulang kami
diberi buah tangan berupa sebotol susu kambing.
36. Puan Rubiah ialah ......
A. Guru Besar.
B. Guru Penasihat.
C. Guru Penolong Kanan.
D. Guru Disiplin sekolah.
37. Pukul berapakah mereka
bertolak ke Ladang Kambing kampung kepayang?
A. 9.00 pagi.
B. 9.30 pagi.
C. 9.45 pagi.
D. 10.00 pagi.
38. Kambing apakah yang tidak terdapat di ladang tersebut?
A. Kambing gurun
B. Kambing kacukan
C. Kambing tempatan.
D. Kambing luar negara.
39. Perkataan dilapah dalam petikan bermaksud....
A. Disembelih.
B. Dihiris
C. Dipotong
D. Dikuliti .
40. Pernyataan di bawah salah kecuali
A. Para peserta diberi taklimat sebanyak dua kali.
B. Ladang penternakan kambing tersebut terletak di tepi sekolah mereka.
C. Semua peserta rombongan membeli daging sejuk beku yang dijual dengan harga murah.
D. Para peserta rombongan diberi peluang untuk menyembelih,
melapah dan memerah susu kambing.
------Soalan tamat -----
No comments:
Post a Comment