Friday, 10 April 2015

Ujian 5 : 011 Latihan Pemahaman

           Masa : Lima puluh minit

Soalan 1 hingga Soalan 20
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 dan 2 berdasarkan Gambar 1

 
 
 Gambar 1

1      _______________ kencang Safri itu gagal ditepis oleh penjaga gol.
A     Tendangan           C   Rejaman
B     Hayunan               D   Hantaran

2      Kamil cuba ________  bola itu, tetapi gagal
A     mengambil
B     menangkap
C     memerangkap

Soalan 3 berdasarkan Gambar 2


 





     gambar 2

3      Haziq tidak dapat memberikan _______________ pada pengajaran guru kerana dia berkhayal.
A     tumpuan              C   penilaian
B     pemusatan            D   keputusan

4      Perasaannya ________________apabila impiannya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti gagal.
A     batu-bata              C   gundah-gulana
B     kacau-bilau          D   remuk-redam

Soalan 5 berdasarkan Gambar 3
 
 






Gambar 3 
  
5      Afiqah berkongsi ________________dengan keluarganya apabila dia berjaya menjuarai pertandingan bercerita bahasa Melayu.
A     keindahan             C   kegembiraan
B     kepakaran            D   kenikmatan

Soalan 6 dan 7 berdasarkan Gambar 4
 
 





Gambar 4

6      Budak lelaki itu jatuh_____________  kerana dia terpijak kulit pisang.
A     terduduk                  C   terlentang
B     terbaring                D   terperosok

7      Dia _______ kesakitan.
A     aduh                       C   beraduh
B     aduhai                   D   mengaduh

Soalan 8 dan 9 berdasarkan Gambar 5
 
 







Gambar 5
8      Haidah membantu ________________ wanita buta itu melintas jalan.
A     menarik              C   mengheret
B     menuntun             D   memegang

9      Nilai murni yang diamalkan oleh Haidah ialah ________.
A     berdikari                C   baik hati
B     waspada                                D   toleransi

10   Sungguhpun gaji Encik Gopal agak lumayan, namun perbelanjaan bulanannya tidak __________________ tidak kerana dia banyak berhutang.
A     mencukupkan
B     berkecukupan
C     secukupnya

Soalan 11 hingga Soalan  13 berdasarkan Gambar 6
 
 






                                                                               Gambar 6
11   _________________, rajinnya Lim  membantu ayahnya mencuci kereta!
A     Aduhai                   C   Hai
B     Eh                         D   Amboi

12   Ayah Lim menyambungkan ___________ pada paip air untuk memudahkan mereka membasuh.
A     batang paip          C   kepala paip
B     getah paip             D  baldi air

13   Mereka membasuh kereta ________________ berbual-bual.
A     sambil                    C    kerana
B     lalu                         D    dan

14   “Andainya kalian malas belajar, ______________ kalian akan menyesal nanti,” kata Tok Senik kepada cucu-cucunya.
A     dan                         C   nescaya
B     lalu                         D   kecuali

15   Dia bergelar_____________ sejak memenangi hadiah wang tunai RM1 juta, ________ dia tidak kedekut.
A     hartawan  ................ tetapi
B     jutawan .................... namun
C     seniman .................... sebaliknya
D     budayawan ............... walaupun

16   Jurujual kedai komputer itu memberikan penerangan _________________cara-cara memasang meja komputer itu kepada Puan Hamidah.
A     seperti                    C   tentang
B     dengan                   D   daripada

Soalan 17 berdasarkan Gambar 7
 
 






Gambar 7 

17   _______________ disenangi oleh sekalian rakyat jelata.
A     Dia                          C   Baginda
B     Tuanku                  D   Beliau

18   Sudah 20 tahun Tuan Salleh menetap di Kuching, Sarawak. Kini, beliau ingin ___________ ke kampung kelahirannya pula.
A     beralih angin         C   masuk angin
B     makan angin        D   ambil angin

19   Salmah berkecil hati apabila rakan-rakannya _________________ adiknya.
A     menyebut
B     menyinggung
C     menyindir

20   Pemuda yang _______________ itu telah ditahan oleh pengawal keselamatan pasar raya.
A     lipas kudung         C   baik hati
B     muka tembok      D   panjang tangan
                       
21   Puan Komala sudah menduga bahawa pasu bunga itu dipecahkan oleh anak bongsunya.
        Sinonim bagi menduga ialah...
        A     menjangka.                          C   memastikan
        B     mengetahui.                          D   memahami
.
22   Selepas menggulung tikar, ibu bergegas ke dapur untuk menyediakan sarapan.
Kata berlawan bagi menggulung ialah...
A     membuka.
B     menghamparkan.
C     merungkai.

23   Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata yang bergaris dengan betul.
I      Roslan sedang menggosok lantai rumahnya yang kotor itu.
II     Setiap pagi, Alia menggosok giginya sebelum mandi.
III   Kalau tidak ada orang yang menggosok Karim, tentu dia tidak akan jadi begitu marah.
IV   Al Wahid menggosok limau nipis itu pada  badannya.
A     I dan III               C   I, II, dan III
B     II dan IV               D   I, II, III, dan IV


24   Bolehkah kamu memulangkan buku cerita ini kepada Jessica?
        Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.
A     Saya berjanji untuk bertemu dengannya petang ini.
B     Saya mengenalinya sejak lima tahun yang lalu.
C     Ibu saya tidak membenarkan saya ke sana.
D     Jessica mahu kamu memulangkan buku itu sendiri.


25   Saya kurang pasti sama ada Pak Su bekerja di kilang ini atau tidak.
        Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas.
A     Adakah awak kenal akan Pak Su?
B     Pak Su bekerja di kilang yang mana?
C     Adakah Pak Su salah seorang pekerja kilang ini?
D     Bagaimanakah awak tahu bahawa Pak Su memang bekerja di sini?


Soalan 26 hingga Soalan 27
Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan.
26   Kelapa tergolong dalam keluarga pokok palma
A     Pokok palma adalah pokok kelapa.
B     Pokok kelapa merupakan salah satu daripada pokok palma.
C     Pokok palma dan kelapa satu keluarga.
D     pokok palma dan kelapa sama sahaja.


27   “Sungguhpun kita bersahabat baik, aku terpaksa menjalankan tugas ini,” kata Tuah kepada sahabatnya Jebat.
A     Tuah dan Jebat bersahabat baik dan bertugas bersama-sama.
B     Jebat menjalankan tugasnya terhadap Tuah.
C     Persahabatan antara Tuah dan Jebat kerana mereka bertugas bersama-sama.
D     Tuah serba salah untuk mengambil tindakan terhadap Jebat kerana mereka bersahabat.


Soalan 28 hingga Soalan  30
Pilih ayat yang betul.

28   I   Saya, Garam Singh melaporkan bagi TV5.
        II     Lebat agak hujan yang turun petang semalam.
        III   Kereta yang kami tumpangi tadi kehabisan petrol.
        IV   Jangankan novel ini, cerpen itu pun belum saya baca lagi.
        A     I dan II                  C    I, II, dan III
B     III dan IV             D   II, III, dan IV


29   I      Sejak pagi lagi adik asyik menuntun video.
        II     Pada pandangan saya, perkara itu tidak benar sama sekali.
        III   Semasa Razif datang tadi, saya sedang mendengar radio.
        IV   Abangnya sedang melanjut pelajaran di luar negara.
        A     I dan II                  C   II dan IV
        B     II dan III               D   II, III, dan IV



30   I       Gunung Kinabalu merupakan gunung yang paling tinggi di Asia Tenggara.
        II     Baju yang berwarna ungu itu sedang untuk ibu saya.
        III   Rasa sedih hatinya kerana gagal dalam ujian kelayakan itu.
        IV   Buku tebal itu terlepas daripada pegangnya.
        A     I dan II                  C   II, III, dan IV
        B     I dan III                                D   I, II, III, dan IV

Soalan 31 hingga Soalan 35
Perhatikan carta  di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Ahli Jawatankuasa Kelab Cinta Buku
Sekolah Kebangsaan Minda Jaya

Penaung
Tuan Haji Muhammad Bin Amin

Penasihat
Encik Kamal Azli Bin Syiful
Encik Rozali Bin Razlan
Puan Qamariah Bt Zainol
Cik Farhana Bt Foad

Pengerusi
Ahmad Hakimi Bin Hamdan

Timbalan Pengerusi
Safuan Bin Zainal

Setiausaha
Sallehuddin Bin Taufiq

Bendahari
Wan Arifah Bin Wan Suhaimi

Ahli jawatankuasa
Zaidi Bin Malik ( Tahun 6)
Solehah Bt Maliki ( Tahun 5)
Aaina Bt Rizal ( Tahun 4 )

31   Siapakah Tuan Haji Muhammad Bin Amin?
A     Guru Besar.
B     Pengawas.
C     Guru Bahasa Melayu.
D     Yang Dipertua PIBG

32   Berapa orangkah ahli jawatankuasa yang mewakili kelas?
A     3 orang.
B     7 orang.
C     4 orang.
D     12 orang.
  
33   Siapakah yang bertanggungjawab untuk menyediakan laporan aktiviti kelab ini?
A     Penasihat.
B     Penaung.
C     Bendahari..
D     Setiausaha.

34   Pada pendapat anda, apakah aktiviti yang mungkin tidak dijalankan oleh kelab ini?
A     Kempen membaca
B     Pertandingan mengarang cerita pendek
C     Menjual buku dan majalah terpakai
D     Pertandingan futsal antara unit beruniform

35   Jawatan Pengerusi sama dengan .....
A     pemerintah.
B     pengarah.
C     ketua.
D     urus setia.

Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.



326, Blok 4, Kolej Proton,
                                                Universiti Utara Malaysia,
05321 Sintok, Kedah.
                                               
22 Februari 2013.

                Menemui bonda yang anakanda cintai, semoga bonda sihat sejahtera.

Bonda yang anakanda kasihi,
                Anakanda di sini dalam keadaan sihat. Kelas yang anakanda ikuti sekarang sudah berkurang. Oleh hal yang demikian anakanda banyak mempunyai masa yang terluang. Jadi, anakanda bekerja sambilan di restoran makanan segera untuk memenuhi masa tersebut di samping menambahkan wang saku.
                Untuk pengetahuan bonda, anakanda akan pulang ke Kuala Lumpur pada cuti semester yang akan datang, iaitu pada pertengahan bulan April.
                Bagaimana dengan sakit lutut bonda? Anakanda berharap agar bonda tidak melakukan kerja-kerja berat. Berjumpalah dengan doktor sekiranya sakit bonda tidak berkurang.
                Anakanda ada mendapat surat daripada Adik Su. Dia menyatakan bahawa dia mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Anakanda sungguh gembira mendengar berita itu. Anakanda berharap, Adik Su akan belajar bersungguh-sungguh dan mengikut jejak anakanda.
                Sampai di sini warkah anakanda untuk bonda buat kali ini. Sampaikan salam anakanda kepada semua ahli keluarga. Sekian.
                                                     Anakandamu                                                                                   haida


36           Apakah tujuan utama Haida menulis surat kepada ibunya?
A   untuk memaklumkan bahawa dia akan balik pada cuti semester
B   untuk memaklumkan bahawa dia bekerja sambilan
C   untuk memberitahu masanya yang terluang
D   untuk bertanyakan khabar ibunya

37           Yang berikut adalah sikap Haida, kecuali
A   berani.
B   bertanggungjawab
C   mengambil berat.
D   rajin.

38           Apakah maksud rangkaian kata-kata mengikut jejak?
A   mengikut cara kakaknya berjalan
B   mengikut kejayan seperti kakaknya
C   berjaya dalam hidup
D   mengikut kakaknya ke universiti


39           Semua yang berikut benar mengenai isi surat tadi, kecuali
A   Haida bekerja sambilan di restoran makanan segera.
B   Adik Su mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
C   Haida anak tunggal.
D   Ibu Haida mengalami sakit lutut.

40           Di antara berikut, yang manakah bukan harapan Haida?
A   supaya adiknya belajar bersungguh-sungguh
B   supaya ibunya menjaga kesihatan
C   supaya ibunya berjumpa dengan doktor
D   supaya ibunya rajin bekerja




Soalan tamat